Saturday, September 3, 2011

MENUNGGU DAN MENANTI



Aku masih menunggu kedatangan kalian berdua...
Betul! Aku sudah memberi tempoh 3 hari untuk merayakan Aidilfitri,namun kalian berdua masih belum datang sehingga hari yang kelima.

Dengan keputusan yang tidak berapa sedap mata memandang di samping prestasi yang terumbang-ambing mungkin hari yang berbaki boleh diubah kepada cemerlang.

Kisahnya begini.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.Semua calon UPSR.Berada pada pengawasan yang maksimum daripadaku.Memang aku berjuang habis-habisan untuk memastikan mereka berubah 100%.

Kalau kelas tuisyen di luar hanya bertemu 3 kali seminggu.Aku hampir-hampir setiap hari mereka dipaksa oleh aku untuk berguru.Memantapkan ilmu walaupun aku sedikit terkilan dengan "persembahan" mereka semasa peperiksaan pertengahan dan percubaan baru-baru ini.

Seorang dengan masih 3B 2C dan seorang lagi
1A 2B 2C.

Polisi aku sebelum ini aku akan pergi ke rumah mereka untuk memaklumkan tentang kelas pada malam(kadang-kadang berjumpa dengan famili mereka).Bahkan adik-beradik mereka aku kenal seorang demi seorang.Aku rela tunggu mereka ketika mereka mandi pagi!.Menunggu dengan penuh harapan yang mereka akan beroleh kejayaan lebih dari aku.Aku tidak mahu duit yang mereka laburan hangus begitu sahaja disebabkan sifat malas mereka.

Kini,aku sudah penat,letih dan bosan melakukan perkara ini.Melayani sifat tidak kenang budi mereka.Sedangkan mereka boleh belajar bersungguh-sungguh dengan pengawasan yang maksimum daripada aku.Boleh tanya,luahkan persoalan dan lebih fokus,namun tidak sama sekali.

Mereka tidak mempunyai motivasi yang tinggi..!Aku rasa sebegitu rupa.Masih hanyut dengan dunia kanak-kanak yang tidak berapa matang.Senang terpenagruh dan dipengaruhi.
Sekiranya aku membiarkan mereka terumbang-ambing dalam tempoh seminggu ini,bermakna mereka akan rugi dan aku akan rugi besar!

Mereka akan rugi sebab mereka tidak mantap dalam beberapa subjek.Walaupun aku yakin beroleh 2A pasti milik mereka.Tapi harapan tinggi aku buat mereka.Akumahu lebih dari itu.Aku telah berjanji untuk mereka buat sehabis baik.Tapi mereka tidak menghargai.Mungkin tempoh seminggu ini boleh dilakukan sedikit anjakan buat diri mereka sendiri.

Aku juga akan rugi besar.Aku memerlukan "proven" untuk prospek pelanggan pada tahun depan.Aku mensasarkan kejayaan lebih besar pada UPSR tahun depan.Kita tidak tahu mungkin keputusan mereka cemerlang.Justeru masyarakat akan mengaitkan kejayaan mereka dengan kewujudan kelas tuisyen aku ini.

Aku pasti terus menunggu kalian berdua sehingga menghabiskan sisa-sisa hari sebelum mereka di"merdeka"kan oleh peperiksaan itu.

Aku rindukan kelibat kalian berdua..!Aku yakin mereka akan datang juga nanti...

Monday, August 22, 2011

HUJUNG-HUJUNG RAMADHAN

ALHAMDULILLAH.. dah nak sampai 3/4 Ramadhan..
Setiap hari sentiasa aku menghitung jumlah amalan yang aku telah lakukan untuk saham Akhirat..

Tapi perkara di bawah membuatkan aku berasa tidak kena pada setiap kali tiba bulan berpuasa..

1)Masjid dan surau di ceruk rantau masing-masing mempercepat bacaan dalam solat terawikh untuk cepat-cepat habis.

2)Akhbar-akhbar akan membicarakan soal 8/20 rakaat yang sepatutnya dilakukan pada ruangan agama.

3)Banyak lebihan makanan kegemaran aku terkumpul melekat di sinki.

4)Makanan tak boleh disimpan dalam peti ais sebab banyak sangat makanan di dalamnya.

5)Aktiviti tidur selepas solat Sahur di pagi hari.

6)Bosan duduk termenung menunggu waktu berbuka.

Wednesday, August 3, 2011

Coretan awal Ramadhan 1432

SALAM SAYANG BUAT ANDA SEMUA..

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini sungguh bermakna..
agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

Betul! Ikhlas cakap yang puasa kali ini aku akan giat memuhasabahkan diri ini.

Ramadhan tahun lepas aku menumpang orang pergi kerja dan menjadi hamba abdi di sana.
Ramadhan kali ini aku bergelar TUTOR BEBAS sepenuh masa melayani anak-anak kecil dan pradewasa.HMMMM...

TERIMA KASIH FLICKR !


Hari pertama saja,puasa aku diuji dengan perihal kebosanan yang melanda.
Aku jarang tidur selepas solat Subuh,tapi kali ini bangun tidur jam 9.00 pagi.
Sebab tiada tekanan yang menggangu fikiran.
Selepas itu dengan hangat -hangat tahi ayam aku menunaikan solat sunat DHUHA.

Aku berusaha mencari koleksi buku-buku agama untuk ditelaah kembali.Buku karya USTAZ HASRIZAL sudah kuhadam dengan 2 hari sahaja.Nah,sekarang ini aku sekaranr berusaha memahami buku bertajuk ULAMA TERENGGANU(pegang saja buku dah mengantuk!).

PERIHAL TUISYEN

Aku kagum dengan pelajar tahun 2 yang baru belajar tak tinggal puasa(itupun setelah diumpan oleh ibu bapa mereka dengan wang ringgit).
Tapi yang meruntun jiwa aku-benda letupan itu>>>MERCUN.

Istilah membakar duit ayah menjadi pegangan bagi mereka.Kasihan ayah kerja penat-penat kita senang bakar duit macam tu saja!.Memang"-budak memang budak-" dan mereka bukan adik-adik aku untuk aku pukul dengan larangan keras.
(sumber:FLICKR)



TARAWIKH
Terkilan sampai malam semalam aku masih tidak berpeluang menunaikan solat yang lama dengan suara IMAM TAHFIZ kali ini.
Asal nak pergi saja,ada murid yang datang untuk belajar.Terpaksa ponteng!

Lega pun ada,sebab kebanyakan pelajar aku boleh dikategori soleh-soleh belaka.
Datang kelas hampir jam 10 sebab nak langsaikan solat witir.Sedangkan aku witir pun belum sekali..!Terserempak dengan anak murid di masjid membuatkan hati aku bangga..!

Perihal keadaan kewangan
Belum cukup untuk bernafas sebab ada sahaja perbelanjaan luar kawal yang dipinta oleh keluarga.Aku mana boleh berlagak sengkek sebab apa kata mereka kan...
ALHAMDULILLAH..rezeki aku setiap malam ada saja "duit jatuh dari langit" untuk aku bernyawa bulan-bulan puasa macam ini.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN LALU....Sekian...

Tuesday, July 12, 2011

PELAJAR PEREMPUAN

Sebenarnya saya tak suka untuk berbicara akan hal ini.Namun,oleh sebab perihal pelajar perempuan yang "gitu-gitu" selama ini terpaksa saya meluahkan isi kandung hati.Mungkin bermotifkan anti-perempuan.

Seingat saya semua pelajar perempuan memang bagus sangat dari sekolah rendah lagi.


Macam biasa pelajar lelaki mengambil tempat di tangga belakang.Maknanya kedudukan akhir dalam kelas hanya dimonopoli oleh kaum itu.

Tapi semenjak perniagaan kecil ini dijalankan ; perihal pelajar perempuan semakin menjadi-jadi.DATANG LAMBAT,BANYAK ALASAN,PENAKUT dan CEPAT BERPUTUS ASA !

Tolong! Saya amat membenci sifat itu.

Walaupun saya terpaksa kalah dengan seorang dua pelajar perempuan yang bersifat superb dari segi usaha.Namun,aku masih ragu-ragu terhadap pelajar perempuan lain.

Menerima pelajar perempuan terpaksa aku berfikir dua kali.
Saya harus tabik hormat kepada pelajar lelaki yang komited terhadap masa hadapan mereka.

TOLONG JANGAN MEMAKSA SAYA UNTUK MEMBENCI KAUM INI...OLEH SEBAB KEBOBROKAN MEREKA DALAM MENDEPANI PERIHAL MASING-MASING.

TERIMA KASIH KEPADA IBU,KAKAK & ADIK PEREMPUAN YANG BERI INSPIRASI KEJAYAAN WANITA !

WAHAI LELAKI TOLONG BANGKIT..!

Monday, June 20, 2011

KATA-KATA MOTIVASI

salah seorang murid tahun 2 berkata :
"cikgu dulu kite buleh D sokmo Matematik,ni kiter buleh C cikgu.."

wakil murid tahun 4 berkata lagi..
"cikgu dulu saya buleh E Matematik,ni terus meningkat naik 68 cikgu..Sains saya buleh A jugok,82"

Lebih-lebih lagi bila aku dengar perbualan mereka:
"cikgu saya buleh nombor 3,xxx buleh nombor 3,yyy pun buleh nombor 3...dulu buleh nombor 7 jer.."

"cikgu kat kelas wi komen kat saya,dia kata saya doh meningkat dari segi akademik.."

Ini dari mulut murid sekolah menengah :
"sakit hati Math D, tapi tinggi sekali.."
"ADD MATH saya dapat 14/100.."
"Periksa ni saya lulus belaka cikgu"

Syukur,
Ada petanda positif semenjak aku 3 bulan menjadi guru tuisyen sepenuh masa.Aku tak berbuat apa-apa,tapi aku hanya bertindak sebagai jurumotivasi kepada mereka supaya gapai kejayaan setinggi mungkin.Yang pasti,ramai "future customer" aku akan mengomel sendirian nanti.

Target aku hujung tahun ini.
PELAJAR TAHUN 2 >>> TOP 3 DALAM KELAS
PELAJAR TAHUN 4 >>> TOP 10 DALAM KELAS
2 orang mendapat 5A
PMR 2A ke atas
SPM 2A ke atas dan berjaya ke universiti.


KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN
PENGORBANAN MEMERLUKAN KEIKHLASAN HATI DAN DOA TANPA HENTI....

Sunday, April 24, 2011

FAKTOR "X" BAGI PELAJAR SEDERHANA

SALAM SAYANG BUAT PARA PEMBACA!
Semestinya dengan rahmat ALLAH Taala.

Semenjak aku terlibat dalam bidang pendidikan ini,kerapkali aku diperdengarkan pelbagai permasalahan bagi mereka.
Aku boleh menyimpulkan bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza.
Cemerlang,sederhana & lemah.
Pelajar cemerlang boleh dilihat melalui pencapaian dalam keputusan peperiksaan mereka.
Pelajar sederhana,antara minat-tak minat untuk belajar atau malas-rajin untuk belajar.Ada potensi untuk bergerak ke arah kecemerlangan.
Pelajar lemah,memang tak minat untuk belajar,ada usaha untuk melakukan perubahan tetapi dicantas oleh kawan yang rendah motivasi yang lain.Boleh jadi terus mendapat kegagalan dalam hidup.

TETAPI...
Lemah dalam pengajian tak semestinya mereka lemah dalam menghadapi realiti hidup.
Cemerlang dalam pembelajaran boleh menjadi seorang haprak terhadap masyarakat.Tak percaya?Cuba selak akhbar dalam negara ini,berapa ramai pegawai atasan berijazah dihadapkan ke mahkamah atas kes pecah amanah,rasuah dan culas?

Cerita ini aku kutip dari mulut anak saudara aku sendiri,tingkatan 3,pelajar sederhana(boleh jadi cemerlang sekiranya masuk tuisyen dan berkawan dengan pelajar akhlak mulia yang lain,sudah melalui fasa akil baligh).

Mereka sekelas(10 lelaki dan 15 perempuan),naik bot penambang beramai-ramai pergi pejabat perbandaran kawasan tempatan.Tujuan untuk mencari maklumat untuk memenuhkan isi maklumat kerja kursus Geografi mereka.
Bayangkan satu kelas,naik bot penambang,berjalan kaki 1 KM beramai-ramai pergi ke pejabat cari bahan..!Tetapi 10 orang daripada mereka dibenarkan masuk mengambil bahan.

Pulang dari pejabat kerajaan tersebut,naik bas beramai-ramai bertambangkan RM1 seorang pergi ke hospital beramai-ramai melawat rakan mereka yang terlantar di katil hospital.Tanpa menghiraukan orang lain mereka berjaya mengangkat nilai "friendship".

Tatkala pelajar cemerlang lagi kaya yang lain sedang pergi ke tuisyen,melayari internet untuk buat tugasan GEOGRAFI,mereka bertungkus-lumus beramai-ramai mencari terus mencari kaedah penyelesaian yang sepatutnya.Itulah faktor "x" sebenarnya.


KHAS BUAT MEREKA

AKU BAGI A untuk USAHA
AKU BAGI A untuk PENGORBANAN
AKU BAGI A untuk KERJASAMA
AKU BAGI A untuk BELAS-KASIHAN

Siapa kata pelajar lemah/sederhana tidak boleh cemerlang?


(sekadar gambar hiasan)

Monday, April 18, 2011

PELAJAR HARAPAN

SALAM UNTUK SEMUA..
DENGAN rahmat ALLAH sepenuhnya!

Aku berbangga semenjak aku menjadi seorang guru(tanpa tauliah kerajaan) dapat mengubah pelajar.Sekurang-kurangnya mereka bangkit dari kegagalan dan segera berubah.

Dengan kelas tuisyen inilah aku berupaya untuk mendidik generasi yang dahagakan ilmu dan pengisiannya>>> tahun 4/5/6,Tingkatan 3,Tingkatan 5!

Aku juga berbangga memiliki pelajar seperti ini:

Izzat Izham (a.k.a Mat PU)
Tingkatan 5 di sekolah menengah biasa.Anak ke-2 dari 7 orang adik-beradik.Ramai kawannya memanggilnya dengan Mat Pu oleh sebab motorsikal yang ditungganginya bernombor PU xxxx. Sangat klasik(HONDA bulat) bagi pandangan mereka,bagi aku biasa saja sebab keluarga aku juga memiliki motorsikal sedemikian.
Tetapi aku kagum dan mengambil motivasi daripada pelajar ini.
Keputusan peperiksaan baru-baru ini tidak sehebat mana sebab ada juga subjek yang gagal(matematik tambahan dengan 7%-alahai..)
Dia dari golongan keluarga yang biasa-biasa saja macam aku!
Tetapi aku tahu dia kaya hati dan kaya jiwa.
Buktinya dia matang dalam menjaga ahli keluarganya.Tiap-tiap petang terpaksa menjaga adik padahal aku tahu dia mahu berguru dengan aku setiap petang di surau usang ini.Izzat Izham amat naif dari segala hal yang berkaitan dengan aku.Kalau aku kata,'makan..!'.Maka dia pun makan.Hehehehe...

Aku juga terserempak dengannya tatkala solat jamaah di masjid.Ternyata dia mengikut segala sarananku supaya sentiasa berjamaah di masjid!ALHAMDULILLAH...

Tidak malu untuk bertanya macam pelajar lain dan sentiasa fokus.
Aku tahu dia lemah dari segi motivasi dan galakan.Sikit-sikit melakukan kebangkitan daripada kegagalan yang lepas.Sentiasa menghormati aku sebagai tutornya.
Strategi aku :
Sentiasa berada di sampingnya ketika sesi kelas tuisyen berlangsung sambil memberi rangsangan motivasi sekadarnya.
Aku sedar dia ada potensi untuk meraih 5A/6A SPM hujung tahun ini.
Beroleh peluang yang cerah dalam subjek berikut :

BAHASA MALAYSIA
PENDIDIKAN ISLAM
MATEMATIK
SAINS
PERDAGANGAN

Bagi aku dia memang layak untuk mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan,UiTM.
Izzat,PERJALANANmu MASIH JAUH!

Aku akan mengubahnya!
(sumber gambar: ptsmillenia)


Jom IZZAT IZHAM ! Bina kecemerlangan bersama cikgu ya!

Tuesday, April 12, 2011

IRI HATI VS DENGKI

SALAM SAYANG UNTUK PARA PEMBACA

Kadang-kadang aku terasa iri hati ketika SPM 2010 diumumkan pada baru-baru ini.
Setahu aku,di kawasan kejiranan aku,hanya kudengar seorang daripada mereka yang meraih 10 A(perempuan,sekolah berasrama penuh,tidak keluar bergaul,pergi pasar malam dengan berseluar pendek dan rambut mengerbang!).Itupun kudengar hanya hiburan mulut ke mulut dari orang kampung untuk menunjukkan mereka tidak ketandusan cerita yang mahu dibualkan.YA! Aku memang dengki dan iri hati..

SPM 2004
Tahun keramat,peperiksaan SPM dijalankan ketika Ramadhan dan separuh terakhir bulan Syawal.Kertas BM aku demam,Kertas Bahasa Arab aku muntah keluar bendalir hijau.Ketika berpuasa!.6 kertas perlu diharungi ketika berpuasa.

SPM itu juga merupakan titik hitam bagiku.
Mendapat keputusan yang tidak A1& A2 yang sepenuhnya.Ada juga sampai tahap 6C,Alhamdulillah tiada 7D seperti SPM kakakku.
Targetku dari dulu lagi aku ingin menghadiahkan 12 A1 untuk keluargaku.Biar mereka berbangga dengan anak ini.Aku mengharapkan muka aku terpampang dalam KOSMO dan aku bercakap dalam televisyen tentang kejayaan ini.Mendapat hadiah dari kerajaan negeri seterusnya melanjutkan pengajian bidang perubatan ke LUAR NEGARA.
Aku yakin aku mendapat keputusan seperti itu,oleh sebab aku antara pelajar cemerlang PMR di sekolah lama.Mewakili sekolah untuk menjadi fasilitator subjek MATEMATIK TAMBAHAN dan selalu bersikap "volunteer" dalam segala hal(untuk tambahkan koleksi pahala).Keluarga memang berharap sangat dengan pencapaian itu.
(sekadar hiasan)


KEPUTUSAN SPM
Keputusan aku tidak seberapa.Sama sahaja dengan keputusan pelajar sekolah menengah biasa(aku sebenarnya bersekolah di sekolah berstatus A).Bahkan keputusan aku sama dengan orang belajar ala kadar sahaja tapi dapat keputusan semacam itu.

Perit pada waktu itu.Dirundung kepedihan dan hidup penuh hipokrasi dan penipuan.
Aku isi borang ke universiti acuh tak acuh.MAKTAB tak mohon sebab memang aku tak layak.Apatah lagi ke politeknik yang aku tak minat.

Aku bertekad membina harapan untuk ke tingkatan 6 di sekolah menengah biasa.Pusing segala keegoan diri dan menjadi jagoan di sana(TOP 10 SC STUDENTS)
Waktu itu hanya aku ada:TEKAD dan SEMANGAT!!!!

ITU DULU...
Zaman aku berumur 17-19 tahun.
Sekarang aku sudah mempunyai sedikit ilmu penilaian.Memegang ijazah sarjana muda.Produk universiti.

IRONI..
Syukur ALLAH mengurniakan aku keunikkan.
Tidak mendapat gred kecermelangan tetapi ALLAH memberi aku semangat dan azam.
Azam aku ;

Aku akan melahirkan pelajar yang mendapat banyak A+ pada tahun ini..Di kelas tuisyenku...
Semoga dipermudahkan ALLAH...AMIN..

PELAJAR LEMBAM dan PELAJAR SOLEH

MASALAH..
CABARAN..
Sebab ada juga pelajar aku bersifat lembam macam gambar ini.


Masakan mencecah tahun 4 tetapi masih lemah dari segi tulisan,sebutan dan ayat-ayat ringkas.Aduhai.Aku mengeluh pada diriku sendiri yang aku hampir putus asa untuk memahami permasalahan pelajar tersebut.Tidak tahu erti kesabaran dan ketabahan lalu menyerahkan kepada orang lain.Agaknya apakah cara terbaik guru sekolahnya untuk mengubati penyakit ini.

Azam aku..
aku tak nak mereka terus terpinggir dan dipinggirkan..
aku ingin menjadikan mereka salah seorang seperti ini...


KAYA HATI dan KAYA DIRI..
tidak seperti pelajar "cerdik-pandai" lain..
Wassalam..

Monday, April 11, 2011

TERUS BERJUANG CIKGU WAN!!

SEMOGA ALLAH RAHMATI KITA SEMUA...
LINDUNGAN DAN barakah dariNYA.

Genap aku telah menabur bakti sebagai pendidik(tutor) selama 2 bulan.Aku melalui liku-liku seorang guru tanpa tauliah dari kerajaan.Tapi aku ada sedikit pengalaman dan kemahuan.Kemahuan untuk melihat seterusya menyaksikan air mata kejayaan dan kemenangan.
Membantu anak-anak yang terlepas pandang oleh guru di sekolah masing-masing.
Ya! Aku berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.



Pada asalnya...
Pelajar tahun 4 bermula dengan 4 orang yang masih setia.
Tahun 6 bermula 2 orang itu pun datang sekali sekala.
Tingkatan 3 bermula dengan 2 orang yang membatalkan penyertaan begitu saja.
Tingkatan 5 bermula dengan 5 orang juga masih orang yang sama.

Sekarang,syukur...
Pelajar semakin meningkat 100%.
Ini menunjukkan semakin ramai pelajar yang ingin mencipta perubahan.
Jauh hati dengan guru dan sekolah masing-masing barangkali...

Lokasi tuisyen aku usahakan bukan di bandar.TIdak menyewa lot kedai berhawa dingin dan kerusi berspan.

Tuisyen aku hanya di menumpang sebuah surau buruk beratus tahun dan banyak meninggalkan sejarah silam dari arwah datuk,ayah dan aku sendiri.
Hanya dilengkapi kipas,dan pelajar hanya duduk bersila bermejakan ala "meja jepun".
Tetapi tuisyen aku dilengkapi dengan pengisian rohani(solat berjemaah,ilmu agama).

Aku amat yakin anak-anak muda sekarang leka mengejar ilmu duniawi yang sengaja menuju ke arah mencipta kekayaan diri,bukan kekayaan hati.

Aset utama kelas tuisyen aku ialah AKU SENDIRI.

Aku mesti tahu aset tuisyen ini ialah aku sendiri yang diciptakan ALLAH untuk kaya hati,kaya ideologi dan kaya semangat dalam diri.

WALLAHI...
Aku isytiharkan perang ke atas orang yang berjiwa pemalas!
SEBAB aku bukan jenis macam itu...


WASSALAM...

Sunday, April 3, 2011

6 TAHUN MENANTI

SYUKUR...
Setelah 6 tahun menanti.
6 tahun penuh ketakutan.
6 tahun penuh lakonan.
Akhirnya aku mendapat kelulusan 'itu'.
Walaupun agaknya sudah terlanjut usia.
Majoriti berumur belasan tahun.

Syukurlah aku melepasi dengan sekali sahaja.
Ramai lagi yang tersekat sampai 4 kali.
BUKAN macam karaktor kartun ini yang syik gagal sahaja.
Sekurang-kurangya kita berusaha...



Tetapi aku memikirkan balik sejarah silam yang yang aku pernah mengambilnya 2 kali(ceramah + ujian).
Bukan sebab kegagalan tapi masalah kewangan dan kengkangan.
Akhirnya dengan sekali sahaja aku mendapat :

P untuk PENGORBANAN
P untuk PANTANG MENYERAH KALAH
P untuk PNGETAHUAN
P untuk PANTAS BERTINDAK
P untuk PENENTANG KEMALASAN

Harapan aku,tahun ini(2011),aku akan peroleh P lagi.
Kelulusan untuk membawa kenderaan beroda 4 yang comel itu yang berwarna kuning..!!

hahaha..SEKIAN.
WASSALAM...

Tuesday, March 29, 2011

hahaha..!!!

SALAM SAYANG BUAT PEMBACA..!

Semalam sengaja aku buat kajian tentang keberkesanan teknik pengajaranku di pusat tuisyen ini. Sementara menunggu pelajar lain datang aku menyuruh mereka menulis
"KENAPA SAYA MASUK TUISYEN..!"

Pelajar yang mencari alasan sampai 10 aku hadiahkan mereka sebiji gula-gula.Maka banyaklah sebab yang tak terfikir oleh akal.

SEBAB yang biasa mereka tulis :
*saya mahu pandai
*saya mahu A dalam UPSR
*MAK saya suruh

Aku terkesan bila antara mereka yang menulis :
"cikgu WAN baik"
"cikgu WAN ceria"
Aku? Gelak saja.

Tak sangka mereka menghargai aku.Memerhati tingkah-lakuku yang serba kekurangan ini."BAIK & CERIA" dari semua aspek.
Akan kupraktikkan untuk proses pembelajaran seterusnya.
Perkataan CERIA memang aku boleh terima bahkan itulah yang menjadi tabiatku dalam rumah pun..HUHU..
Tapi istilah BAIK amat sukar untuk aku telan.
kadang-kadang aku merelakan untuk menjahatkan diri aku dengan berkata-kata dalam hati.
Mulut aku sentiasa mengeluarkan perkataan yang luar biasa untuk diterima oleh keluarga.
Itulah aku...

Mungkin kebaikan aku diperhati daripada sikap aku yang sengaja mengumpan mereka dengan gula-gula.Alahai...
(sekadar gambar hiasan)


Aku terkesan bila ada antara mereka menulis:

"saya masuk tuisyen sebab saya sayang keluarga saya.."

Matang fikiran kanak-kanak ini.

AYUH kalian!BANGKIT dari kejahilan !
Mari mencipta kecemerlangan bersama CIKGU WAN..

WASSALAM...

Wednesday, March 16, 2011

TERUSKAN PERJUANGAN

SALAM UNTUK SEMUA PEMBACA tersayang,

Syukur,aku dikurniakan akal untuk berfikir..
Mata untuk melihat dan menghayati..
Telinga untuk mendengar dan memahami..
Mulut untuk bersuara dan memotivasi..

Ada sahaja perkara baharu sejak akhir-akhir ini...
Semenjak kelahiran KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI 2011...

Pelajar kian bertambah..
Cabaran dari orang dalam pun perlu dihadapi...
Masalah yang sengaja dibuat oleh pelajar sedikit sebanyak mengajar kehidupan aku..

AKU PERLU DICONTOHI MEREKA..
"kalau guru kencing berdiri,murid pun kencing berlari..!!!"

TERIMA KASIH PROTEGE SEMUA..!!
AKAN KU DIDIK KALIAN..!

Saturday, February 26, 2011

ULANGTAHUN KELAHIRAN

24 FEBRUARI 2011
ULANGTAHUN KELAHIRAN aku yang semakin meningkat.
Sebenarnya tiada perkara yang istimewa hari ini.Hanya penerimaan sms "harijadi" yang sampai di telefon sekeping-dua.
Aku menhabiskan masa dengan penaipan ucapan balas di laman sosial,FACEBOOK.
Aku amat menghargai mereka yang "wish" kata-kata yang acuh tak acuh.Aku menhargai kalian.

Sebelah petang aku menjalankan tugas aku sebagai PENGUSAHA TUISYEN.Harapan aku ada seorang dua untuk datang berdaftar,tetapi aku bersangka baik mungkin mereka tidak bersedia lagi.MENGAJAR TETAP MENGAJAR'!

Usai menunaikan solat ASAR, aku menziarahi kubur ;


(TERIMA KASIH FLICKR)

Bacaan AL-FATIHAH dan SURAH YASSIN berkumandang di tanah perkuburan yang sepi itu. Sengaja aku memilih tanah perkuburan untuk mengingatkan aku bahawa ...
AKU SEMAKIN DEKAT DENGAN KEMATIAN..
MUNGKIN jasad aku ditanam di sini,atau sekadar menunaikan solat JENAZAH GHAIB barangkali..

Tapi aku mesti berjuang dalam kelangsungan hidup.Mengingatkan bahawa "BERUSAHALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SEJUTA TAHU LAGI.dan BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU MATI SEKETIKA NANTI..."

MANUSIA YANG CERDIK IALAH MANUSIA YANG SELALU MENGINGATI KEMATIAN..!

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU WAN!
Semoga murah rezeki dan hidup diberkati..!

Sunday, February 20, 2011

TERIMA KASIH GURU

DALAM kala aku menjadi seorang pengusah gru tuisyen.aku masih teringat cara/teknik dan motivasi yang ditonjolkan guru "super" ini.
1)CIKGU AKHMA BINTI ISMAIL(BAHASA MELAYU)
2)CIKGU KHAIRUDDIN BIN AHMAD(MATEMATIK)
3)CIKGU KAMAL BIN SALIM(SAINS)
4)CIKGU RAZAK(ENGLISH)
Sekiranya aku akan berjumpa dengan mereka,akan kukhabarkan tentang rasa kekagumanku itu.
Atau sudah terlewat??

(sekadar gambar hiasan)



Sunday, February 6, 2011

Mati ,meninggal dunia & wafat >>> sama saja !

salam kepada pembaca budiman..!
Lawan hidup adalah mati !
Kita tidak boleh melawan detik sakratul-maut yang entah bila masanya.
Agaknya,bila pula giliran kita pula ya?..

Limau dikupas


Dedaun gugur


koleksi gambar flickr...TQ !

Tuesday, January 18, 2011

2 KALI SAMA & SERUPA

Salam diberi...
Bertemu kembali...
Kali ini aku akan menceritakan tentang mimpi paling berkesan yang aku alami 2-3 tahun ni.
Hakikat mimpi tersebut sama motif tapi masa yang berbeza.Bukan untuk mempertikai anugerah ALLAH tapi untuk memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini...

Mimpi 1
Aku, dan 2 orang kanak-kanak lelaki(seorang merangkak-antara berusia 3 bulan hingga 1 1/2 tahun dan seorang lagi berumur lebih kurang 4 hingga 5 tahun) berjalan kaki untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat.Aku mendukung kanak-kanak merangkak tersebut dan memimpi erat kanak-kanak seorang lagi. Kami melalui jalan yang tidak bertar,denau,jambatan kayu, dan kawasan perkampungan.Kami berjalan gopoh-gapah dan bersungguh-sungguh supaya tidak tiba lewat ke masjid. Sampai di masjid kami bergegas ke tempat wudhu'.Kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil wudhu' sambil diawasi oleh aku semasa itu.Kadang-kadang aku membetulkan cara mereka berwudhu'. Aku melayani mereka sebagaimana kasih-sayang seorang ayah kepada anak-anak.Mimpi aku berakhir begitu sahaja.

Mimpi 2
Dlam persiapan aku hendak solat,aku terus ke tempat wudhu' untuk ambil wudhu'. Aku tak tahu ada orang memerhatikan perilaku aku itu.Aku menoleh ke arah mereka,rupa-rupanya sekumpulan kanak-kanak 4-6 tahun memerhati aku berwudhu'.Jadi aku membaiki mutu wudhu' aku dengan tertib sekali.Setakat itu sahaja mimpi aku berakhir..

IRONI
Aku mencerikan perihal mimpi 1 aku kepada seorang kawan,dia menafsirkan bahawa aku berusaha mengajar orang untuk ke arah hidayah ALLAH TAALA(jadi pendakwahlah lebih kurang).

Bagi aku KEDUA-DUA MIMPI TERSEBUT ADA PERSAMAAN..
1)aku mimpi semasa tidur sebelum & selepas Zohor
2)aku berWUDHU' dan mereka memerhatikan aku berWUDHU'
3)melibatkan kanak-kanak

Mimpi aku mungkin ada benarnya,aku memang bercita-cita untuk menubuhkan TABIKA TAHFIZ pada tahun 2013(3 tahun dari sekarang),dan aku menjadi mudirnya.
(sekadar gambar hiasan)



Alangkah bahagianya bila kau berpeluang mendidik permata Islam ini untuk lari dari dari kemaksiatan yang sengaja dibuat-buat akhir-akhir ini.
(gambar hiasan)

Aku sendiri yang menjadi penggubal modulnya untuk mencapai kualiti yang diredhai oleh ALLAH TAALA.
(gambar hiasan)


Pusat TABIKA TAHFIZ aku bakal melahirkan hafiz/hafizah,Fuqaha',Ulama', dan kerjaya profesional lain yang berpelsonaliti tinggi..!!!..
(gambar hiasan)


Itulah yang aku impikan selama ini..Semoga ALLAH memakbulkan cita-cita dan keazaman kau ini....

Saturday, January 8, 2011

CARI ORANG DALAM dan cari kabel atas

SALAM DIBERI untuk kalian semua...
Hari semalam merupakan hari yang kosong bagiku.Tiada aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan.Nah,akhirnya sebuah gurindam jiwa telah dipersembahan untuk kalian semua..

Tatkala orang sedang kelaparan,
Aku tengah tidur kekenyangan..
Jika mereka sedang tekun bekerja,
Aku nyenyak tidur membelai mata..
Memang diluar sana ada orang kesusahan,
Aku pula menderita dalam dalam kesenangan..
Jika jiran sebelah hidup kemiskinan,
Syukur aku masih ada sedikit kekayaan..
Sekiranya ramai mangsa dalam kemalangan,
Aku nmasih sihat dengan sedikit kekuatan..
Jikalau terdapat orang lain suka hambakan diri,
Aku kini sibuk merancang mengkayakan diri-sendiri..



Terdapat rumah orang itu sedang membisu,
Aku masih ada seorang ayah dan seorang ibu..
Masyarakat lain semua ada kemahuan,
Tapi aku kaya dengan keyakinan..
Sekiranya yang lain-lain mencari penghargaan,
Aku ingin berkorban mencipta kejayaan..
Jika orang lain sedang menunggu gaji bulanan,
Aku ingin berjaya bergelar usahawan..
Masing-masing memang ramai kawan bualan,
Aku kini mencipta tarikan.....sekian..

Tuesday, January 4, 2011

HARAPAN AKAN BERSINAR 2011

Tahun ini aku mencecah umur 24 tahun. Pada pendapat apakah yang sepatutnya yang dicapai ketika mencapai tahap ini.Sekiranya kisah nabi-nabi banyak yang berlaku terhadap mereka ketika 24-25 tahun ini, dalam diri tertanya-tanya apakah yang aku cari pada 2011 ini.

DUNIAWI
Dunia tidak boleh beli dunia kan?..Apakata kita cari dunia untuk kepentingan kita di akhirat kita kelak...

1.Soal kewangan / pelaburan-
FANTASI : Wang di bank/aset akan berbunga kepada RM6000 pada hujung tahun ini(total pada semua bank).Ia penting semasa kita berada dalam kontigensi kelak.

Bank Islam: bayaran PTPTN (RM 120 setiap bulan)
Tabung Haji : zakat/infaq ( RM100 setiap bulan)
CIMB : bisnes (untuk pembesaran jaringan perniagaan,modal pusingan)
BSN : pelaburan (RM 100 deperuntukkan sebulan simpanan untuk dilupakan-nanti masa kecemasan boleh keluar...simpanan untuk hari bahagia)

TAPI dari segi REALITI : wang masih tidak berbunga dengan
Tabung haji : hanya RM20.00 berbaki,
BSN : RM16.40 tak kemaskini 2 tahun,
CIMB : RM 12.90(harapkan gaji)
Bank Islam : RM 13.20(nyawa-nyawa ikan)

2)kenderaan-ya,bakal memilik sebuah motor pada tahun ini.

FANTASI : Inilah motorsikal idaman. Harap tahun ini ada rezeki yang menyebelahi.
(sekadar hiasan)


TAPI REALITINYA sekarang aku hanya pergi kerja berjalan kaki atau terpaksa mencuri motorsikal lain secara bijaksana.

3)perniagaan-
FANTASI : bakal memiliki sebuah pusat tuisyen tahun ini.ZULAIDI AR-RAHMAN TRAINING & LEARNING SDN. BHD..
(sekadar hisan)


Dari segi REALITInya, aku sedang meninjau kemudahan yang ada di tempat sekeliling untuk dijadikan tempat kelas tuisyen nanti. Balairaya,surau atau rumah sewa semua di bawah penaakulan aku dari segi lokasi,kos,akses dan prospek.Modal aku hanya bawah RM120.

Mengejar AKHIRAT

1)Aku mensasarkan 4 artikel sebulan untuk dikarang pelbagai bidang untuk pembacaan masyarakat di blog-blog mahupun akhbar.

2)Ya,aku menubuhkan pusat tarbiah untuk masyarakat di tempat aku sendiri.
Aku akan membuka kelas Jawi,dan ilmu FARDHU A'IN yang lain. Dengan jaringan ustaz dan ustazah yang ramai kelas ini bakal ditubuhkan.
(sekadar hiasan)


Soal Kerjaya
1)AKU BAKAL menjadi tutor bebas dalam pusat tuisyen aku



2)Penulis Bebas yang sangat bebas berkarya!
3)Perunding Pengurusan Berkualiti
(akan dicari modulnya sebab aku memang berbakat dalam kecerewatan)

SERIBU LANGKAH BERMULA DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA..!!!

Monday, January 3, 2011

Rumusan 2010-Pengalaman yang TERSISA

SALAM 2011 dari saya!

‘no pain no gain’..Ungkapan yang sepatutnya yang ditujukan terhadap Iwan setakat ini.
Dari segi harapan 2010, jauh tersasar daripada perkara yang diimpikan pada tahun ini sejak awal tahun lagi.
1 tahun boleh saya bahagikan kepada 2 bahagian.6 bulan pertama dan 6 bulan kedua.

Mana taknya,6 bulan menghabiskan sisa-sisa masa untuk bergelar seorang pelajar ,manakala 6 bulan seterusya bergelar seorang pekerja makan gaji.

1)JANUARI
Sewa kamera untuk program FOOD STYLING.
Beli monitor skrin baru untuk komputer dengan harga RM216.Murah pada masa itu.
Hadir kelas dengan semangat baru dan kawan -kawan yang baru.Semua baru..!


2)FEBRUARI –

Bulan kelahiran. Tiada sambutan hari lahir untuk diadakan. Perkara yang menyedihkan tiada hadiah untuk diperolehi. Bulan ini hanya difokuskan untuk belajar.Suasana sibuk mengejar diri sebab menyiapkan projek USAHASAMA bersama kawan sekumpulan yang lain. Ada kawan yang gitu-gitu ada yang gini-gini. Apabila bertemu dengan mereka,baru kita tahu yang perangai sebenar mereka. Pesan saya,jadilah diri-sendiri..!

3)MAC-
Tiada perkara yang berlaku.Seperti biasa.Cuma pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat pelajar di antara kolej0kolej kediaman UiTM SHAH ALAM. Selaku ketua projek,saya sibuk untuk mengatur strategi untuk menang.Atas nama Meranti Millenium telah julung kalinya JOHAN dalam pertandingan kreativiti itu.Kedua,Kolej Kediaman Melati.Pada malam itu,bayangkan tidur dengan piala!!!..Berbaloilah bergaduh dengan sesama-sendiri.Ahli tak lakukan kerja.Akhirnya...

4)APRIL-
Bulan ini,mewakili UiTM SHAH ALAM untuk berentap bersama UiTM cawangan dalam pertandingan KIK ini.Hebat dari segi provokasi.Gentar..Tapi saya dah fikir kalau sudah menjadi rezeki tak akan kemana.Ikhlas itu penting.Sempat juga untuk merasai suasana kampus PUNCAK ALAM yang 'gah' itu.


Pasukan kami sekali lagi menjadi juara KIK antara seantero UiTM.Bangga gitu!..RM2000 menjadi rebutan kini milik kami.Kedua dari UiTM PERAK yang projek mereka denagn peyendal pintu dan ketiga milik UiTM KELANTAN projek 'TELE-DUSTER'.Sungguh sengit.
Inilah kemuncak kejayaan bagi saya untuk tahun ini.


5)MEI-

Musim peperiksaan.Dalam sibuk-sibuk pun boleh lagi buat promosi untuk bisnes.Jual buku-buku terpakai dengan pelajar junior.Dapat duit sikit hasil jualan.Tamat sahaja peperiksaan,satu program khas telah diadakan untuk para pelajar sebelum mereka bebas mencari pekerjaan. Sempat juga saya merasai alam interbiu. Penuh skema.
Ada juga kompeni yang kena.Terus buat panggilan untuk interbiu kedua.Ketika ini memang sudah yakin bahawa graduan UiTM memang rebutan majikan, dan termasuk aku sekali...

6)JUN-
Balik ke kampung halaman.Kerinduan untuk pulang ke kampung memang dinanti-nantikan selama ini. lagipun bawa pulang dengan kejayaan gitu!..Perasaan rindu itu diidi dengan panggilan bertalu-talu dari pihak SIME DARBY,TABUNG HAJI,HOTEL PACIFIC(JOHOR BHARU), dan LEISURE FARM(GELANG PATAH) tetapi niat itu dimatikan dengan tuntutan kewangan dan halangan kesukaran untuk mendapat rumah sewa.Terpaksa melaksanakan rancangan kedua dengan menjadi peminta kerja di kampung halaman sendiri.Karenah biroksasi boleh tahan di sini..Interbiu sekali,rezeki menyebelahi di Kuala Terengganu ini.

7)JULAI-
17 haribulan,sudah mula untuk bekerja di sebuah hotel sebagai 'pekerja kontrak'. Biasanya bagi hotel baru kerja-kerja sebegini memerlukan keikhlasan hati dan keteguhan jiwa.

8)OGOS-
Puasa,menjadi seorang juruaudit pada malam hari.Perkara yang tak boleh lupa,malam sambut merdeka terpaksa kerja dengan kebisingan 'malaun-malaun' bermotor.

9)SEPTEMBER-
Malam raya bekerja seorang diri sebagai juruaudit pada malam hari.Memang mencabar.Takbir sayup-sayup dari celah bandar memang sayu apatah lagi masing-masing sibuk menyediakan juadah hari raya.2-3 malam tidak datang bekerja.Daripada seorang juruaudit malam minta ditukarkan kepada siang hari sebagai penyambut tetamu.

10)OKTOBER-
Boleh bertahan sebagi seorang pembantu kaunter hadapan di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Pelbagai ragam manusia telah ditemui,menambah jaringan.Bermula dari situ,hati aku telah membuak-buak untuk memulakan perniagaan. Tiap-tiap hari kita mengkayakan diri orang lain,mengapa kita tidak mengkayakan diri kita sendiri?

11)NOVEMBER-
Merasai suasana konvokesyen.Perbelanjaan di bawah bajet.Terdapat sedikit konflik dengan famili semasa keberangkatan pergi ke SHAH ALAM.Tetapi boleh dilalui dengan kesabaran,pujukan , dan sedikit perbalahan.



12)DISEMBER-
Bulan ini bulan kenduri AQIQAH anak -saudara. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.Serentak itu juga aku bertekad untuk berhenti dari kerja oleh faktor pendapatan dan peluang.



Aku telah menikmati hari-hari sebagai penulis bebas sehingga kini..

Itu sahaja yang mampu dicoretkan untuk tahun 2010..Terdapat projek tergendala dan ada projek mencapai sasaran..Terpaksa diunjurkan ke tahun 2011 jika umur masih panjang.
SEKIAN..