Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT BERJUang !!!!


salam PERANTAUAN DARI SAYA YANG BERADA JAUH DI BUMI EROPAH..

saya dapat tahu ramai pembaca di luar sana yang sedang berjuang untuk peperiksaan..

PEPERIKSAAN ITU HANYA SATU UJIAN OLEH ALLAH TAALA..

tapi tak sehebat ujian menangani nafsu lagi kan???BAGAIMANA PULA UJIAN SEMASA KITA DI PADANG MASYAR KELAK??




SEKIAN,,,
WASSALAM

Friday, October 23, 2009

PROF. MADYA DR. SALLEHUDDIN BIN ZAHARI


ASSALAMUALAIKUM sebagai PEMBUKA bicara...

sememangnya hidup ini adalah suatu kerahsiaan yang perlu dikorek dengan mendalam...
kali ini saya akan mengarang serangkap sajak yang saya rasa begitu mendalam untuk ditujukan kepada ayahanda tersayang..

semoga anda memberi komen yang positif dan membina...


ayahku sayang..
kemarahanmu membawa kekuatan..
kemarahanmu membawa peringatan..
kemarahanmu pada hari itu membelah kelalaian..
kemarahanmu pada waktu itu mengundang kedukaan..


ayahku sayang..
aku amat mengagumimu..
pangkatmu seiring ilmu..
ilmu berorientasikan sifat malu..
setiap hujahan mengundang kekuatanku..
tazkirahmu menyedarkan kami tentang falsafah dan ilmu..


ayahku sayang...
kemarahanmu boleh dimujahadah..
mujahadah dengan diam membisu dan pasrah...
ataupun dengan membahagikan tugasan yang terarah......
tapi mengapa ayah memilih nafsu amarah...


ayahku sayang...
aku amat merinduimu..
saat kita menuntut keredhaan AL-QODIRU...
memang saat itu memang indah bagiku..
tapi apakan daya..
sehingga kini engkau masih membisu..
apakah ayah tidak tahu..???


kembalilah ayahku sayang...
aku amat merinduimu..




saya mengharapkan ilmu dari ayahku sayang berkah
dan dirahmati..

SEKIAN..WASSALAM...

Saturday, September 12, 2009

komunikasi non-verbal



hakikat hidup ini adalah sesuatu perjuangan tak matlamat perlu dikejar sehingga akhir hayat.
hakikatnya kita sudah tahu cabaran di hadapan namun kita tetap gagahi tempuhinya oleh sebab matlamat tertentu...jangan berpaling atas nama kebenaran ..itu pesan saya kepada semua pengikut saya atau yang bergelar 'silence admirer' saya..

gambar yang agak fotogenik itu saya pun tak tahu siapa gerangan peminat saya yang curi-curi ambil itu..tapi saya cuba amati falsafah di sebalik gambar jejaka kacak di atas tu..

1) baju: merah ala-ala merah jambu; menunjukkan seseorang memiliki hati yang lembut dan dan besederhana dalam setiap tingkah laku,namun warna ini juga menunjukkan seseorang itu mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang yang tak sepatutnya

2)seluar: ada ciri-ciri elegan ;sedikit selekeh dan tahan lasak, tapi memang sesuai lah dengan tema ketika foto diambil tu,takkan nak pakai seluar slack pula. secara amnya boleh dianggap si pemakai agak gelojoh dalam pemakaian,paling elok si pemakai pakai seluar yang berbentuk jeans gitu.

3) kasut: putih bersih ; kasut yang putih boleh dicuci..hati yang bersih sukar dicari

4) kaki terangkat : ni gambar spontan ;tapi kalau mengikut falsafah saya langkah sedemikian menunjukkan orangnya yang agak tenang dalam setiap pergerakkan, kakai dihayung tak tinggi sangat-sederhana dan menunjukkan langkah perjalanan yang agak perlahan-lahan..hmm

sekian,wassalam..

Sunday, July 19, 2009

GASTRONOMI MOLEKUL?





SALAM DIBERI PEMBUKA BICARA
IWAN KEMBALI MENDEDAHKAN RAHSIA
RAHSIA MASAKAN TERASA SEDAPNYA
UNTUK PENGETAHUAN PARA PEMBACA...


SAYA sempat meneropong jauh menyaksikan pelbagai haiwan laut yang senang hati berenang dalam laut tu..
saya memilih mana hidupan laut yang sesuai untuk masakan saya..
sedarkah anda bahawa bagaimana tok,nenek,moyang kita ada nafsu untuk makan makanan laut tu..
segalanya bermula dengan GASTRONOMI
"Yelah aku suke makan ikan je..pasal mende2 nin ade aku kesah???" desis hati seorang pemakan ikan..

GASTRONOMI merupakan bidang baru yang saya akan pelopori dan tidak ketinggalan ilmu psikologi dalam pemakanan kita seharian..

tunggu...

Friday, July 17, 2009

GAMBAR TERBARU SAYA



MEMANG SAYA BOLEH ANDAIKAN ANDA MEMANG TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN SAYA AKHIR-AKHIR INI..
APA KOMEN???

Monday, July 6, 2009

LAGI-LAGI SENARIO

SALAM DIBERI PEMBUKA BICARA

APA-APA PUN SUDAH LAMA SAYA TIDAK

MEMPERBAHARUI BLOG KESAYANGAN SAYA INI..

YANG PASTI BANYAK PERKARA YANG PERLU

DILAKUKAN SAMPAI PENGHUJUNG TAHUN INI.

SEKIAN..

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM..
WALAUPUN AGAK TERLAMBAT...
SEMPENA BULAN MEI INI
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA BEKAS GURU SAYA...
DARI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LAGI
SAMPAI SAYA BERGELAR MAHASISWA UNIVERSITI..
SEMOGA MURAH REZEKI..
PANJANG UMUR DAN SENYUM SELALU
WALAUPUN KARENAH PELAJAR SEKARANG
AMAT KURANG DIAJAR..
TAPI PENGORBANAN GURU AMAT DISANJUNGI
KEPADA SEPASANG GURU..
CIKGU AROBIAH BINTI ABDUL RAHMAN (KAKAK)
DAN
CIKGU ABU ARIS MADJANI (ABANG IPAR)
SEMOGA BERBAHAGIA SELALU
errr...KALAU NAK TAHU DI MANA SAYA DALAM
GAMBAR DI ATAS...
CUBALAH RENUNG BETUL-BETUL...
COMEL TAK???
SEKIAN
WASSALAM

Saturday, May 2, 2009

Back off MY ORIGINS

ASSALAMUALAIKUM...
HARAP SIHAT...
SENYUM SELALU..
CEMERLANG SELALU...
CUCI MATA SEKEJAP..
GAMBAR DARI INTERNET...
PULAU DUYONG KUALA TERENGGANU
APA KHABAR POPULASI
DI SANA YA...???

NOK NDE WANG???

RINDU SUASANA dulu-dulu...

tenang lagi mendamaikan



realiti kanak-kanak sihat di sana...
dari udara...



suasana pagi yang memang sejuk(tepi laut)

teringat dulu waktu jadi kanak-kanak riang..
sebahagian gambar nampak pecah...
hmm..
sekian,wasslam












Sunday, April 19, 2009

KARYA AGUNG

ASSALAMUALAIKUM,

APA KHABAR? LUAR BIASA SEKALI..

kali ini saya sampaikan sebuah cerita yang telah diolah balik ..

saya ambil dari blog saifulislam.com,diharap membawa pengetian kepada anda

semua...



“Allahu Akbar… Allahu Akbar…”, khatib sedang berkhutbah.

Suaranya begitu bertenaga.
Ketika itu, saya sedang mengusap-usap kepala Saiful Islam yang duduk bersandar di riba usai solat Sunat Aidilfitri.
Perasaan saya sedikit berkecamuk. Banyak yang bersarang, sarat di fikiran.
Semenjak dua tiga hari terakhir Ramadhan jiwa saya begitu resah melambai perginya dia. Tidak terasa meriahnya ketibaan Aidilfitri.

Adakalanya terasa bersalah kepada anak-anak, bimbang keresahan hati ini mengganggu gembira mereka menyambut lebaran. Anak-anak tidak bersalah, justeru sebagai ayah… andai saya tidak mampu untuk gembira, saya perlukan daya untuk terus menggembirakan, kerana itu hak mereka.
Tambahan pula Saiful Islam yang berjaya menyempurnakan lebih 20 hari puasa penuhnya pada percubaan pertama berpuasa dia.
Suasana khutbah hening, cuaca damai selepas simbahan gerimis subuh 1 Syawwal.


ADAT BERMAAFAN ATAU IBADAT


Selesai khutbah, saya bangkit bersalaman. Ada semacam yang tidak kena tatkala mendengar ungkapan-ungkapan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”.


“Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah.” [Riwayat Abu Dawood]


Namun apakah permohonan maaf itu suatu permohonan, atau sekadar kalam tanpa makna yang terlafaz sebagai adat? Luruskah hati antara dua insan yang meminta dan memberi maaf itu, andai ungkapan yang diucap, kosong dari makna dan penghayatan? Bisakah ucapan yang gersang itu meraih keampunan yang dijanjikan Dia?


“Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai” [Riwayat al-Hakim dan al-Tirmidhi yang menghasankannya]


Pada doa-doa yang acap disebut oleh setiap mereka yang bersalaman, saya tidak mahu doa yang satu ini terungkap dari hati yang alpa. Saya mesti memaksudkannya. Saya mesti bersungguh dengannya. Hati saya terbeban mendamba kemaafan dari bonda… kemaafan yang bukan sekadar perhiasan Aidilfitri. Tetapi permohonan yang menjadi penentu kepada damainya jiwa ini…
Saya segera mencari bonda.


AMPUNKAN ANAKANDA


“Emak, Rizal minta ampun dan maaf dari emak. Rizal jarang dapat balik ke kampung menjenguk emak. Telefon pun sekali sekala. Emak sunyi di kampung. Ampunkan Rizal, mak!”, saya mencium tangan dan memeluk emak.


Tubuh emak yang semakin kurus dan uzur itu menggeletar. Emak menangis sama. Tiada suara. Hanya esakan yang kedengaran.


Saya tidak mahu bertangguh lagi. Segalanya harus jernih di pagi Aidilfitri. Saya mahu lahir semula bersih bagai kain putih. Hanya Maghfirah Allah, dan ampun seorang ibu yang bisa memungkinkannya.


“Rizal sungguh-sungguh minta ampun, mak”, saya terus memeluk emak erat.
“Iya… emak pun… emak sudah tua… emak…”, susah sekali emak mahu menyudahkan kalamnya.
Dalam pelukan ibu, terasa bagai turun sakinah dari langit… bagai didakap sebuah syurga.
Namun, itulah emak… yang bersalah adalah saya, si anak ini. Tetapi emak sentiasa begitu… tidak lengah memberi maaf, berputik dari jiwa seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya dengan CINTA TANPA SYARAT. Malah di celah memberi maaf, emak pula yang meminta maaf…


MAAF MENAMBAH KASIH


Manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih. Mungkin lidahnya mengucap maaf, tetapi hatinya tidak menginginkan pertemuan kedua. Biarlah segalanya selesai di sini. “Aku enggan bertemu kamu di Akhirat sana!”, kata hatinya yang berbekas pada maaf yang meninggalkan tawar dan hambar untuk sebuah persahabatan.
Tetapi tidak Dia.
Tidak bagi Allah SWT iaitu Tuhan yang Ghafur lagi Rahim. Bukan sahaja Maha Pengampun, malah Dia juga yang Maha Penyayang. Bukan sahaja Diri-Nya suka mengurniakan keampunan, malah setiap insan yang memohon ampun itu dikasihi dan disayangi-Nya. Keampunan yang disusuli kasih sayang-Nya, adalah sesuatu yang Maha Tinggi. Itulah Dia, Allah yang Ghaffar, Allah yang Rahim.
Tiada makhluk yang mampu mengambil acuan itu… memaafkan, dan seterusnya menyayangi. Malah lebih kerap seorang insan terpaksa memaafkan insan yang lain, akan menjadikan hubungan semakin hambar dan tawar.
Kecuali ibu…
Hanya dia yang Allah limpahkan dengan cenderung yang begitu, bahawa anak yang memohon ampun diampunkannya. Kemaafan tanpa syarat kerana sayang, kemaafan yang seterusnya menambah lagi sayang itu. Hati seorang ibu…


Pada usia bonda yang lewat senja, saya tidak mahu membiarkannya sunyi dan lara lagi. Tak tertanggung rasanya kesal di hati setiap kali membayangkan bonda sendirian menjamah nasi, di meja yang pernah seketika meriah dengan gelak tawa dan gurau senda seisi keluarga.
Sentiasalah bibir ini kubasahkan dengan doa untukmu.
Sentiasa jualah diri ini memberi diri dan masa, untuk berbicara dan mendengar bicaramu… aduhai bonda.


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):


“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]


PETANG ITU


“Cerita itu besar ertinya kepada ana”, kata Abang Zabidi Mohamed.
Saya termenung di meja menatap merah mentari senja. Teman saya, Al-Adib di sisi, turut sepi.
Petang itu saya mengambil peluang menemani al-Adib untuk bertemu dengan Abang Zabidi Mohamed, penulis skrip drama yang prolifik lagi unik. Banyak yang kami bualkan, termasuk mencari idea-idea baru untuk menghasilkan drama yang berkualiti.
“Apa atau siapa watak utama yang anta rasakan di dalam drama IHSAN itu?”, tanya Zabidi.
“Mungkin ramai yang melihat Nordin. Tetapi bagi ana, watak utamanya adalah Zamri, majistret itu. Beban cerita itu adalah pada Zamri. Anak yang baik tetapi berdosa tanpa sedar kerana SIBUK. SIBUK yang menjadi punca SUNYI dan TERKILANnya seorang ibu”, saya bersuara.
Terasa hangat mata bergenang basah.

“Tidak keterlaluan kalau ana katakan, Jemaah al-Arqam dulu hancur binasa cukup oleh tangisan mata dan retak hati ibu-ibu yang terluka di sepanjang liku perjuangan itu dulu. Jemaah yang ditimpa murka Allah kerana ramai yang hidup dalam murka bonda”, saya menyambung kata.
Kami saling mendiamkan diri.
Perbualan petang itu hening.
BUKAN ‘ALQAMAH
Tentu sahaja ramai yang terkenangkan kisah ‘Alqamah. Tetapi bukan itu resahnya saya.
Kisah ‘Alqamah itu dinukilkan oleh al-Imam al-Dhahabi Rahimahullah, di dalam kitab al-Kabaair. Begitu juga Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawaajir. Riwayat itu dinisbahkan kepada al-Thabarani dan Ahmad, tanpa sebarang komentar ke atas sanadnya atau menyatakan apa-apa hukum ke atas riwayat itu. Akan tetapi al-Sheikh al-Albani di dalam komentarnya ke atas kitab al-Targheeb wa al-Tarheeb oleh al-Imam al-Hafeedz al-Mundhiri berpandangan bahawa kisah ‘Alqamah ini sangat dhaif. Riwayat ini pada kitab yang dinyatakan tersebut diangkakan sebagai 1487.
Biar pun kisah ‘Alqamah yang masyhur itu mungkin menjadi inspirasi kepada drama IHSAN, hakikat betapa saya mendambakan keampunan ibu sudah cukup nyata pada sakit dan resahnya jiwa menanggung cuai yang bagai api di dalam sekam ini. Jika ada sesuatu yang tidak kena, janganlah bertangguh, segeralah muhasabah diri terhadap bonda.
Moga kemaafan yang kupohon dari ibu di pagi lebaran kelmarin, menjadi bekal untuk menyuluh jalan Mardhatillah hingga mencecah Husnul Khaatimah, ameen ya Allah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Friday, April 17, 2009

Berkongsi ITU nikmat

ANTARA GAMBAR LAPORAN
PEMBENTANGAN SUBJEK
KITCHEN LAY-OUT SAYA

KITCHEN DESIGN TAPI INI BUKAN BETUL-BETUL

TANPA API TAK BOLEH MASAK ..BETUL???


SUP TULANG 'GEAR BOX'


BOILED TAPIOCA AND THE GRATED COCONUT
SEDAP DI MAKAN KETIKA HUJAN


BEST DESSERT IN THE WORLD-CENDOL !!!

POPIAH BASAH


NASI LEMAK WITH CONDIMENTS

FISHBALL SOUP
Dan banyak lagi...kos print pun boleh tahan lah...

......
Salam Perkenalan dari saya...
untuk kalian yang sudi menziarahi blog yang tidak seberapa ini.

mungkin anda bosan dengan cara penyampaian blog saya ini...
Itu saya tahu.
oleh sebab matlamat saya untuk menjadi blogger skema
saya harus mengekalkan ciri-ciri ini.
saya tahu ramai pembaca di luar sana tidak tahu
untuk berbahasa melayu secara tartil...
...
nanti saya akan post blog dalam Bahasa Inggeris 'skema' pula.

DAN saya PERLU tahu ITU..
sekian,terima kasih..
























Tuesday, April 14, 2009

kadang -kadang madu TERDAPAT DALAM RACUN


HMMM...

LETIH SEKALI....

HARI INI...

TIDUR PUKUL 4.30 PAGI..

MENYIAPKAN TUGASAN YANG LAMA BERTANGGUH...

BANGUN UNTUK SOLAT SUBUH AGAK LEWAT..

AMALAN LEWAT SUBUH BUKAN AMALAN SAYA..

TAPI TIADA ORANG YANG SUDI BANGUNKAN SAYA..

PERGI KELAS UNTUK PEMBENTANGAN LAPORAN..


ALHAMDULILLAH ... !!!

SAMPAI SEKARANG SAYA TIDAK DAPAT MENIKMATI TIDUR YANG BERKUALTI...

SAYA BERHARAP SAYA DAPAT MEMBALAS DENDAM TIDUR INI..

KALAU NAK TIDUR PUAS-PUAS TUNGGULAH SAAT KEMATIAN..

MATA TERUS PEJAM..

TAK CELIK-CELIK..


SEBELUM ITU SAYA BERTERIMA KASIH PADA

ZULKHAIRI BIN HASSAN ADLI-SAHABAT YANG MEMAHAMI-

KERAP KALI DIA JADI MANGSA 'BARAN' SAYA

SELEPAS ITU SAYA MENYESAL...

-NAK MINTA MAAF -


ALAHAI...

TERPAKSA MUJAHADAH DALAM SABAR..

TEKANAN..

YA ALLAH BANTULAH AKU...


AGAKNYA APA KHABAR EMAK DAN AYAH

DI RUMAH..

MEREKA SUNYI...

TELEFON SUDAH,

DOA DIPANJATKAN SELALU...

TETAPI SEMAKIN HARI KERINDUAN INI...

SEMAKIN MENEBAL

BALIK?

BUKAN MASANYA LAGI...


agaknya kalian boleh tahu bagaimana

perasaan saya sekarang ya..???




Sunday, April 12, 2009

CINTA DAN CITA - CITA

bertemu lagi wahai peminat semua !!!

saya harap semua dalam keadaan sememangnya sihat dan

memang kita dilahirkan untuk cemerlang pun..


ramai orang tanya iwan tentang faktor saya meletakkan gelaran masterchef pada pendahulu

blog ini..siapa master? dan siapa chef ?


ramai pembaca ingin tahu saya belajar bidang apa di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ni..

jawapan : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN SENI KULINARI

MINOR DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN

DI FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

UiTM SHAH ALAM

saya bukan dilahirkan untuk menjadi perintis kulinari yang ada 'title degree' tapi saya lebih berminat dalam penghargaan manusia terhadap pemakanan itu sendiri..


mari kita renung situasi berikut ;


        1. Kebanyakan pelajar sekolah rendah di negara ini gemuk,buntal(maafkan saya),comel,montel,lembam dan sama maksud dengannya.saya tidak menolak jika mereka mempunyai keturunan sedemikian,tapi itulah realitinya

        2. memang sifat orang melayu,cuba tengok pinggan masing-masing selepas makan...kemas tak? cantik tak? bagaimana mereka susun sudu? corak susunan tulang-tulang bagaimana? ada nasi tertumpah tak ? atau campak saja...

        3. tengok lagi gaya manusia makan sekarang? pelbagai gaya...ada makan tak nampak orang...makan sambil berbual ,nampak bersungguh-sungguh ketika makan, terdapat manusia yang makan sambil tangan kiri lekap di dahi..macam-macam-tapi di situ terletak psikologi masing-masing...pernah nampak cara-cara SITI NURHALIZA makan??

        4. tengok gaya potongan bawang,ayam ,timun dan sebagainya oleh tukang masak,ada nilai kesungguhan tak?? maksud saya pernah nampak gaya potongan timun secara memesong tanpa kulit dengan berkulit???

        5. tapi saya amat mengkagumi suami memasak untuk isteri mereka,walaupun tak sedap mana...tetapi di situ terletak kunci kebahagiaan sebuah rumah tangga...

        6. saya dapat membuat kesimpulan awal dengan mengatakan kejayaan boleh diukur melalui tabiat makan seseorang.

        tindakan saya ...SAYA AKAN MENJADI SEORANG MOTIVATOR TULEN,saya akan mencari rahsia,BERFIKIR,berbincang,mengkaji tabiat pemakanan yang cemerlang berasaskan ALQUR'AN dan ASSUNNAH...insya'ALLAH..


        BAGAIMANA HENDAK CEMERLANG MELALUI CARA MAKAN???


        TUNGGU..!!!


        WASSALAM..

        Saturday, April 11, 2009

        PESAN EMAK




        ASSALAMULAIKUM DAN salam sejahtera...


        kali ini IWAN membawa anda semua untuk menghayati seni dikir barat pula...


        sebenarnya banyak juga alunan dikir barat yang membawa mesej dakwah...dan tujuan hanyalah satu...-kebaikan dan keredhaan dunia, sudah tentu ,akhirat


        memandangkan iwan merupakan peminat seni dikir tanah air .Nah, hayati lagu Halim Yazid ni...


        kesimpulan ;


        ALHAMDULILLAH IWAN masih mempunyai emak-masih awet muda gitu!!!


        IWAN mengakui emak banyak berkorban untuk IWAN,tidak lupa juga pada ayah tersayang..


        emak IWAN, ASIAH BINTI OMAR merupakan MOTIVATOR tulen bagi IWAN..


        oleh itu,kepada peminat IWAN di luar sana..hayati bingkisan ini


        anak-anak umpama kain putih,justeru tak hairanlah ada ibu bapa yang menggosoknya dengan seterika panas..!!! cuba-cuba fikirkan...

        WASSALAM..

        Tuesday, April 7, 2009

        LUAH PERASAAN

        ASSALAMUALAIKUM..
        HARI INI MEMANG AGAK KALUT SEDIKIT SEBAB KEBANJIRAN MASALAH YANG TIDAK HENTI-HENTI...

        BANYAK MASALAH MAKA TAJAMLAH MINDA
        BILA MINDA KITA TAJAM
        KITA JADI ORANG YANG PANDAI DAN
        PERHATIAN TERHADAP SESUATU PUN BERTAMBAH...

        MASALAH peribadi ,masalah kerja yang pensyarah bagi (kalut dibuatnya..)
        masalah kewangan,masalah negara yang memang sentiasa kunjung tiba,masalah dalaman lelaki (0psss!!!), dan masalah percintaan, masalah umat ISLAM yang semakin haru-biru dibuatnya..

        petua...sabarlah...doa...dan hidup mesti diteruskan.
        mari kita hayati kartun SPONGE BOB ni...kalau nak hayatilah...





        lagi bagus lagi ,ambil wudhu' TERUS BACA AL-QUR'AN...BAGAIMANA LEGA???
        SEKIAN,WASSALAM

        Saturday, April 4, 2009

        KISAH SI BUDAK BOTAK pula...


        ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

        Gembira rasanya apabila ramai orang memberi komen positif lagi membina bagi perkembangan pantun saya.terima kasih daun keladi..

        juga saya mengalu-alukan pelayar baru yang melayari blog saya yang tak seberapa ini...komen anda sudah pasti saya baca!!!



        kali ini pula saya akan mereka pantun untuk peminat saya yang tidak sabar-sabar lagi menunggu kelahiran pantun saya yang bermakna ini....


        di manis gula semut binasa,
        kail berduri tersangkut umpan,
        di manis kata insan terlena,
        kerana budi hamba terkorban...
        juga saya meminta ampun maaf ke atas keterlanjuran ritma pantun saya yang kadangkala rimas dan pedas...Hayati pantun si budak botak ini...


        HAI SI BUDAK BOTAK
        IWAN JUMPA KAMU MASA KURSUS DEKAT PUNCAK,
        PERASAAN NAK RAPAT MEMANG MEMUNCAK,
        IWAN TAK TAHU ANTARA KAMU NAK KE TAK NAK..

        ALAHAI SI BUDAK BOTAK,
        AWAL PENGAJIAN MEMANG KITA RAPAT,
        KAMU TERINGIN SANGAT MAKAN MAKANAN YANG IWAN MASAK,
        AMBIL KEPUTUSAN PUN MEMANG SELALU PAKAT-PAKAT..

        HAI SI BUDAK BOTAK,
        SEMUA KAWAN KAMU MEMANG RAPAT,
        SEMUA ORANG SAYANG KAMU KAN BUDAK,
        BUAT SESUATU PUN KAMU MEMANG SEMANGAT...

        HAI SI BUDAK BOTAK,
        AKHIRNYA KITA DUDUK SATU TERATAK,
        SEMUA JADI CERIA DAPAT APA YANG KITA HENDAK,
        TAMBAH PULA PERANGAI KAWAN YANG TAK BOLEH AGAK..

        HAI SI BUDAK BOTAK,
        RUPANYA IWAN FAHAM KAMU PUNYA TABIAT,
        SELALU TAK BERCAKAP BILA HATI NAIK MUAK,
        TAK PANDAI PULA UNTUK LUAHKAN PENDAPAT...

        ALAHAI SI BUADAK BOTAK,
        KINI KITA PULA TAK MACAM DULU,
        KAMU SAKIT HATI BILA IWAN KATA KAMU MACAM BUDAK-BUDAK,
        IWAN MENGAKU IWAN MEMANG CAKAP MELEPAS MELULU...

        ALAHAI SI BUDAK BOTAK,
        KAMU KATA IWAN SUKA BERLAWAK BODOH,
        CARA IWAN MEMANG BEGINI UNTUK HILANGKAN SEMAK,
        APABILA KAMU SENYUM MUKA TAK NAMPAK HODOH...

        ALAHAI SI BUDAK BOTAK,
        KITA SUDAH TERLALU JARAK,
        IWAN DAH BOSAN SAMPAI HATI JADI SEBAK,
        IWAN CABAR KAMU UNTUK MULAKAN TAHU TAK?

        ALAHAI SI BUDAK BOTAK,
        JIKALAU KAMU TAK PERLUKAN IWAN LAGI,
        INGATLAH KENANGAN DULU YANG MEMANG BANYAK,
        IWAN HARAP HIDUP KAMU DIBERKATI...

        ALAHAI SI BUDAK BOTAK,
        IWAN HENDAK MENGUDUR DIRI,
        MATA PUN DAH NAIK BENGKAK,
        DIHARAP HIDUP KAMU BAHAGIA SAMPAI KEMUDIAN HARI..

        BUDAK-BUDAK MAIN KOTAK,
        MAIN KOTAK DI TEPI PERIGI,
        IWAN DAH MASAK DENGAN ITU BUDAK,
        BUDAK BOTAK SELALU BUAT ORANG SAKIT HATI...


        SAYA AKAN SENTIASA MENCARI IDEA BARU DALAM SENI PENYAMPAIAN BLOG SAYA..


        SEKIAN ,WASSALAM...










        Wednesday, April 1, 2009

        SIRI PANTUN 3 BUDAK HITAM


        Rasa berterima kasih dari saya yang kerdil ini kerana terdapat peminat di luar sana sangat setia dalam menunggu detik-detik saya untuk menulis lagi...Nah! sekarang saya akan berpantun pula mengubat kerinduan anda semua....

        Pantun ini saya tujukan khas kepada kawan -kawan yang rasa terkena !!!

        hahahaha..padan muka !!!


        3 budak hitam,

        seorang mekanikal wajahnya kelam,

        seorang lagak artis bak Ramlah Ram,

        seorang belajar Matematik tak sampai separuh malam...


        3 budak hitam,

        jumpa ketika persembahan sukan,

        latihan pagi balik malam,

        entah bagaimana jadi kawan..


        3 budak hitam,

        masing-masing tak boleh hilang,

        selalu juga keluar malam,

        kadang-kadang balik ke Kelang...


        3 budak hitam,

        2 orang selalu datang bermalam,

        tidur bersama cantum tilam,

        di bilik salah seorang yang macam ketam...


        3 budak hitam,

        tiba-tiba budak itu buat kejutan,

        menangis seorang diri di atas tilam,

        alamak! rasa bersalahlah 2 orang rakan..


        3 budak hitam,

        salah seorang terpaksa mengaku kesalahan,

        hari-hari mohon kemaafan,

        budak itu pula tak rasa kasihan..


        3 budak hitam,

        salah seorang hatinya tenang,

        katanya sudah makan banyak garam,

        kalau begini bagaikan kacang...


        3 budak hitam,

        lama-lama budak itu terima kemaafan,

        sama-sama jaga hati dan perasaan,

        takut luka lagi nanti tak tahan...


        3 budak hitam,

        pada mulanya budak itu memang aku sayang,

        banyak karenah dan pelbagai ragam,

        tiba-tiba datang menyampah malam dan siang...


        3 budak hitam,

        seorang paksa aku mulakan teguran,

        aku dah tegur tapi budak itu tak layan,

        memang egonya aku memang tak tahan...


        3 budak hitam,

        akhirnya budak itu ambil jalan perpisahan,

        aku pula ganti jadi ahli Si Budak Hitam,

        pengubat duka hati yang kesepian...


        3 budak hitam,

        perangai memang macam-macam,

        selepas ini aku nak bersendirian,

        tumpu perhatian nak dapat DEKAN....


        orang lain si budak hitam...

        aku....????

        anda digalakkan untuk melontarkan pandangan,cadangan, atau kritikan demi meningkatkan mutu pantun saya yang hebat ini...sekian,terima kasih.



        Saturday, March 28, 2009

        Teh Tarik Kurang Manis dan Air Suam


        Saya seorang kawan.Tapi saya tak tahu lah akhir-akhir ni rasa lain saja dia seorang ni.Sama-sama hayati pantun yang saya cipta khas untuk kawan saya ni...



        Dua tiga kucing berlari,

        Mana nak sama si kucing belang,

        Dua tiga budak itu boleh kucari,

        Mana nak sama dia seorang.


        Pulau pandan jauh ketengah,

        Gunung daik bercabang tiga,

        Dia bagi lecture aku tak endah,

        Tak sedar dia itu dua kali lima saja.


        Sorong papan tarik papan,

        Buah keranji dalam perahu,

        Kami selalu keluar makan,

        Tapi aku tiada wang dia tak tahu.


        Buah cempedak di luar pagar,

        Ambil galah tolong jolokkan,

        Budak itu selalu berdebar-debar,

        Bila aku buat tak layan.


        Rasa sayang hei,

        Rasa sayang-sayang hei,

        Hei lihat budak itu berjalan datang hei,

        Mari pagi Jumaat dan pulang pagi Isnin hei.


        Tuai padi antara masak,

        Esok jangan layu-layuan,

        Dia bukannya seorang budak,

        Jadi,pandai-pandailah dia tahan.


        ikan puyu biji selasih,

        thank you terima kasih..


        Tuesday, March 17, 2009

        CINTA

        Saya mengakui hati saya ini sedang dilamun cinta kepada seseorang...seseorang yang amat istimewa bagi saya..
        Saya tidak tahu cara untuk menghargai cinta darinya..tetapi saya berusaha untuk menikmati cinta yang sejati.
        Adakah ini satu permulaan untuk menuju ke puncak kebahagian ?...
        Benar,hati saya cuba menerima seadanya.

        TIDAK,CINTA BERLANDASKAN HAWA NAFSU AKAN MEMBAWA KAMI KE NERAKA....

        • saya memilih dia kerana dia seorang wanita
        • saya memilih dia kerana dia Muslimah
        • saya memilih dia kerana dia jujur
        • saya memilih dia kerana dia rajin
        • saya memilih dia kerana dia memahami saya
        • saya memilih dia kerana dia sedia berkorban
        • saya memilih dia kerana dia mempunyai sifat keibuan
        • saya memilih dia kerana dia sudi menjaga hati saya

        Adakah perasaan cinta antara kita berkekalan ????
        Adakah cinta ini membawa kami ke Syurga Allah Taala ???

        Adakah dia menyintai saya sepenuh hati ???

        Ya Allah sungguh hebat penangan cinta ini....

        SEKIAN...

        pasangan yang paling bahagia ialah pasangan yang buta dan tuli...
        bukan pasangan yang membuta tuli

        Wednesday, March 11, 2009

        IZZUDDIN BIN MOHD TAHAR

        mmm...dalam blog ini banyak saya mengisahkan tentang kisah peribadi rakan saya.Bukan bermakna saya ingin menceritakan kisah aib mereka tapi untuk menjadi iktibar untuk pembaca setia blog ini. Kali ini saya akan menceritakan kisah kawan saya yang bernama Izzuddin. Saya berharap semua Izzuddin di luar sana tidak terasa hati. Saya berharap kamu semua senyum !!! kan manis gitu..

        1. Tahun 2002-tingkatan 3-orang panggil dia Juddin. Kali terakhir saya mendengar perihal tentang dia pada tahun 2005. Dia berjaya ke universiti .Perkara yang paling istimewa iaitu dia adalah pelajar kurang upaya.Pergi dan pulang ke sekolah ibu dia yang bekerja sebagai kerani itu yang menghantar. Juddin memang terkenal dengan pandangan sinis dan suara yang vokal.Saya berharap juddin menjadi seorang yang optimis terhadap cita-cita dan menjadi pengkritik hebat. Bila lagi kita boleh berjumpa?
        2. 2004-tingkatan 5-saya penghuni asrama yang paling lama ketika waktu tersebut. Saya terpaksa menguruskan pelajar baru yang baru mendaftar. Betul...IZZUDDIN BIN MOHD TAHAR telah datang mendaftar. Perkara yang paling istimewa, gambar dia seiras denagn saya semasa saya darjah 6. Orang kata...tapi saya tahu itu hanya kebetulan sahaja. Asal dari Kemaman, Terengganu. Hubungan kami semakin rapat pada tahun tersebut. Seorang yang kreatif dan ceria. Saya terpisah dengan dia ketika saya tamat peperiksaan. dan...2 hari lepas..Saya menghantar mesej-tengah tunggu keputusan peperiksaan. Dalam hati saya sedar masing-masing sudah berubah dari segi perangai dan aspek fizikal. Kehidupan mesti diteruskan. IZZUDDIN- apa khabar?semoga sihat..
        3. Awal 2008-Asal kelantan. Bakal cikgu Matematik. Menpunyai banyak pengaruh oleh sebab kepimpinan dia yang membuatkan orang tak faham. Katanya nak jadi tokoh politik..harap-harap menjadilah ye..Saya berharap dia kenal saya bukan sekadar kawan tapi...sahabat?hmm...

        IZZUDDIN-BANYAK ARANG,BANYAK GARAM,

        BANYAK ORANG BANYAK RAGAM...

        Sunday, March 8, 2009

        JUNJUNG BAHASA MELAYU,KENDUNG BAHASA INGGERIS DAN BIMBIT BAHASA ARAB

        CATATAN INI SAYA AMBIL DARI LAMAN WEB DR.MOHD SHUKRI ABDULLAH (Pakar motivasi pelajar) UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

        PPSMI - Berbalik Kepada Asas

        Saya ingin turut sama menyumbang buah fikiran dalam soal Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Untuk memastikan kita lebih faham akan isu ini yang di kebelakangan ini disuarakan oleh banyak cendikawan negara, elok kita berbalik ke soal asas pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.

        Pelajar ke sekolah. Mereka belajar dalam kelas (atau makmal sains atau bengkel kerja tangan dsb.). Pendek kata pelajar belajar, guru mengajar. Itu asas utama pembelajaran.
        Hasil dari pengajaran guru, secara umumnya akan terdapat empat kelompok pelajar.
        Pertama, ada pelajar yang faham sepenuhnya pengajaran guru. Mereka inilah yang lazimnya muncul sebagai pelajar cemerlang dan memperolehi keputusan yang terbaik dalam setiap ujian bulanan, semester atau peperiksaan utama seperti UPSR, SMRA, PMR, SMA, SPM, STPM atau pun lain-lain peperiksaan sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka cemerlang sebab mereka faham sepenuhnya hampir kesemua subjek yang diajar oleh guru. Oleh kerana mereka faham sepenuhnya ajaran guru, maka mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.

        Kedua pula ialah kumpulan pelajar yang hanya memahami sebahagian daripada apa yang di ajar oleh guru. Mungkin dari sepuluh perkara yang dibentangkan mereka hanya boleh memahami enam atau tujuh perkara sahaja. Inilah kelompok pelajar sederhana. Sesetengah subjek difahami sepenuhnya manakala subjek lain pula difahami sebahagian sahaja. Atas sebab itulah keputusan peperiksaan mereka meliputi gred A, B dan C sebagai contoh. Mereka ini kita golongkan sebagai pelajar sederhana.

        Kelompok ketiga terdiri dari kalangan pelajar yang hanya dapat memahami sebahagian kecil sahaja dari apa yang diajarkan oleh guru kelas mereka. Inilah kelompok pelajar lemah. Rata-rata gred yang diperolehi ialah C dan D sahaja. Jarang sekali mereka mendapat B atau A. Mungkin bagi sesetengah subjek lain mereka gagal terus.
        Kemudian kita ada kelompok terbawah, yakni pelajar gagal kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka inilah yang lazimnya berada di kelas bekalang. Kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru, maka mereka ke sekolah “sekadar meramaikan majlis”.
        Apakah faktor yang menyebab mereka faham atau tidak faham pengajaran guru ? Banyak !. Di pihak pelajar, mereka tidak atau kurang faham kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas, bermain-main semasa guru mengajar, tidak ada asas yang kukuh mempepalajari sesuatu tajuk yang diperkenalkan dan yang seumpamanya. Di sebelah pihak guru pula ia mungkin disebabkan oleh pengajaran yang kurang berkesan.

        Namun ada satu lagi faktor kritikal yang menentukan kefahaman atau ketidakfahaman pelajar terhadap pengajaran guru.

        Ada kalanya pelajar telah memberi tumpuan 100% dalam kelas. Mereka tidak bermain-main semasa guru mengajar. Namun kerana bahasa yang digunakan oleh guru tidak difahami oleh pelajar, maka masih sukar bagi mereka untuk memahami apa yang diajar. Inilah di antara perkara utama yang menimbulkan masalah dalam PPSMI.
        Ia menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru yang mengajar subjek berkenaan kurang dapat menguasai Bahasa Inggeris itu sendiri. Atau mungkin usaha guru untuk mengajar menggunakan dwi-bahasa kurang menjadi.

        Pada saya ibu kunci kejayaan akademik ialah FAHAM. Jika seseorang pelajar itu faham apa yang diajar oleh guru, maka peluangnya untuk skor sesuatu subjek amatlah baik. Jika tidak, maka peluangnya amat tipis sekali.

        Atas sebab itulah kita lihat sesetengah pelajar nampak seolah-olah tidak belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan rakan sekelasnya serta menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum sekolah dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab, namun menyerlah sebagai pelajar terbilang sekolah pada hari penganugerahan pelajar cemerlang. Rakannya pula berusaha dua kali ganda lebih kuat darinya, menghadiri kelas tuisyen dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sekadar memenuhi syarat sekolah sahaja, namun tidak menampakkan kehebatan dalam pelajaran.

        Di mana silapnya ? Tidak ada silap di mana-mana melainkan pelajar cemerlang tadi cemerlang sebab dia memahami sepenuhnya ajaran guru, manakala rakannya tidak begitu. Sementara rakannya perlu mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan kerja rumah, dia terpaksa bertungkus lumus berjam-jam lamanya untuk mendapat hasil yang sama. Jawapannya, seorang faham, dan seorang lagi kurang atau tidak faham. Justeru itu, ibu kunci kejayaan ialah FAHAM apa yang diajar oleh guru.
        Biar saya buat satu analogi untuk memantapkan lagi hujjah ini. Katakan subjek Matematik atau Sains diajar oleh seorang guru dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab, atau oleh guru dari Manila dalam Bahasa Tagolog atau oleh seorang guru dari Pirenza (Florence) dalam Bahasa Itali.

        Kita sendiri yang masih meraba-raba dengan bahasa Arab atau Tagolog atau Itali mengikuti pengajaran guru berkenaan. Sehebat manapun guru tersebut, sudah pasti sukar sekali bagi kita memahami pengajaran guru berkenaan.
        Ia mungkin satu analogi yang agak keterlaluan, namun itulah unsur-unsur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang sama ada tidak tahu langsung Bahasa Inggeris atau lemah bahasa berkenaan.

        Dalam keadaan serupa itulah, program tuisyen seperti yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran (skim baucer tuisyen) atau FELDA (skim tuisyen Felda) atau lain-lain agensi kerajaan dan bukan-kerajaan kurang keberkesanannya kerana masalah asas, yakni tidak faham atau kurang faham ajaran guru kerana penggunaan bahasa tertentu wujud.
        Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang guru dari Kota Belud, Sabah ketika dia mengajak pelajar membuat karangan dalam Bahasa Inggeris. Dia minta pelajar memberitahu apakah perkataan “pengenalan” dalam Bahasa Inggeris. Setiap karangan mesti dimulakan dengan “pengenalan”. Dia amat terkejut apabila seorang pelajar berkata (bukan tujuan berjenaka) “I.C.” Bagi pelajar berkenaan baeangkali kerana “Kad Pengenalan” itu lazimnya disebaut sebagai “I.C”, maka itulah agaknya logik yang dipakai.
        Itu sekadar satu dari banyak contoh serta ratusan “cerita jenaka” di mana guru-guru sekolah, khususnya di kawasan luar bandar hadapi dalam mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

        Ini bermakna pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi diajar oleh guru yang belum sepenuhnya bersedia mengajar dalam Bahasa Inggeris subjek Sains dan Matematik menghadapi dua aras permasalahan.
        Pertama masalah mereka memahami pengajaran yang dibuat dalam bahasa yang mereka tidak selesa, dan keduanya memahami isi kandungan subjek Sains dan Matematik itu sendiri.
        Sama ada berasas atau tidak, sebelum ini kita sering dengar keluhan umum tentang kelemahan pelajar Bumiputera dalam kedua-dua subjek berkenaan. Dengan memeprkenalkan PPSMI, kita bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah memburukkan lagi keadaan.
        Saya amat bersetuju sekali kita meneliti semula dengan serius PPSMI kerana salah satu sebab utama diperkenalkan PPSMI ialah untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara kita ini. Itu satu matlamat murni yang tidak perlu dipertikaikan, cuma apakah pendekatannya menerusi PPSMI. Mengapa tidak memperkasakan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri seperti yang sering diwar-warkan oleh ramai orang.

        Malah andaian penggunaan Bahasa Inggeris untuk memajukan negara juga ada hujah balasnya. Banyak negara di dunia yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama berjaya. Lihat Thailand sendiri kerana kemajuan sains dan teknologinya juga hebat sebenarnya. Negara Jepun, Jerman dan sekarang kemunculan gergasi ekonomi baru China. Pengalaman saya ke Itali tahun lalu cukup relevan. Rata-rata sama ada di TV, papan tanda jalan serta perbualan umum hampir 95% dalam bahasa Itali. Namun ia maju. Banyak jenama Itali menjadi buruan dunia. Tiada Bahasa Inggeris.

        Cuma saya harap kita jangan ambil terlalu lama untuk meneliti semula dasar PPSMI. Sememangnya banyak pihak berhujjah bahawa kita jangan terburu-buru mengubah sesuatu dasar. Itu boleh kita fahami. Cuma yang menjadi persoalan kenapa dasar yang sama semasa diperkenalkan dulu tidak diteliti dengan mendalam. Tiba-tiba ia diperkenalkan tanpa apa-apa kajian dan tanpa apa-apa persediaan ! SUMBER ; http://drshukri.wordpress.com/

        Pandangan saya tentang hal ini????

        balik kampung

        Saya harap ada orang kampung saya yang membaca blog saya ini. Sesungguhnya kerinduan PADA KAMPUNG HALAMAN TIDAK TERTAHAN LAGI...Cuti-peluang untuk balik ke kampung. Beramah mesra bersama keluarga yang selama ini ditinggalkan. Oleh sebab kesibukan seharian dan faktor kewangan,saya ambil keputusan bulan 5 ini adalah hari terbaik untuk pulang. Apa khabar orang kampung..?

        1. Saya tak dapat menafikan perasaan untuk pulang ke kampung,fenomena semulajadi bagi perantau tegar macam saya. Apa khabarmu di sana?
        2. FENOMENA balik kampung memang terasa gelombangnya ketika hari raya,musim cuti pengajian.
        3. Ketika saya meninjau stesen bas 2 hari lepas(cuti sempena Maulidur Rasul), memang bahang ini terasa. Masing-masing mengandang beg untuk pulang-KAMPUNG....
        4. Dalam hati saya saya terfikir apa yang ada di kampung,sedangkan di bandar lengkap segalanya-"wifi",hiburan,makanan.
        5. Rupa-rupanya banyak yang boleh disimpulkan dari situasi "bombastic" ini.
        6. Anda setuju kalau saya katakan mereka ini mempunyai jati diri sebagai anak kelahiran kampung/hulu/pedalaman.
        7. Mereka ingatkan keluarga sebab itu mereka balik ke kampung.
        8. Mereka tahu asal-usul masing-masing-SIAPA MEREKA-Sebab itu mereka balik.
        9. Dan,ada duit lebih-BALIK-walaupun tiket pergi/balik mencecah RM100 untuk 2 malam sahaja.
        10. Tiada kerja hendak dibuat-balik!!!!
        11. Apa khabar orang kampung saya,-Pulau Duyong,Kuala Terengganu-sihat?-senyum sokmo deh-

        akhir kata-selamat PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING SEBELUM ANDA DIPULANGKAN KE KAMPUNG...

        Wednesday, March 4, 2009

        WAN MOHD NAIM


        WAN MOHD NAIM BIN WAN HASSAN ,21 tahun(BULAN MAC adalah bulan kelahiran tapi saya kurang pasti bila-maaf) tinggal di Kampung Duyong Kecil.Ada motorsikal baru. Sya sudah kenal beliau dari umur 9 tahun. Duduk dalam satu kelas dari darjah 4 hingga hingga darjah 6. Sempat bersekolah di sekolah yang sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mempunyai banyak keistimewaan yang tersembunyi dan pelbagai cerita suka dan duka yang saya dengar daripada dia.

        1) Pagi tadi saya terima sepotong sms darinya " mung duk wak nape tu,sehat dok mung dinung.."

        2) Senyum saya terima sms tersebut,dia kawan yang memahami.

        3) Dia pernah kemalangan ketika menunggang basikal ketika 6 tahun,kesannya sampai sekarang pada lengannya.

        4) Dia pernah ditahan di hospital, darjah 5-buah pinggang.

        5) Menaiki basikal bersama-sama ketika ke sekolah suatu masa dahulu,dia hampir kemalangan lagi.

        6) ALLAH uji lagi,ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara-Dungun-kemalangan dengan kereta.

        7)Diuji lagi ketika semester 4 ketika menuntut.

        8) Sekarang saya lihat dia semakin bersemangat bersama tempat pengajian baru-belajar kejuruteraan elektrik.

        9) Dia menemani saya untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk memasuki UiTM ketika masa dahulu.Juga menemani saya ketika saya hendak mengambil keputusan STPM saya-dia ceria.

        10) Mempunyai ahli keluarga yang ramai-dia anak bongsu. Ibu yang baik hati dan ayah yang tenang.saya pernah menikmati kuih di rumahnya- memang asyik ketika itu.

        11) Kini saya berpeluang menghantar mesej sahaja,saya akan jumpa dia ketika pulang ke kampung halaman.

        Naim-semoga sihat dan ceria selalu di samping keluarga.

        Sekian,kenal peribadi melalui kawan.

        Monday, March 2, 2009

        BAHAGIA


        KEBAHAGIAN merupakan matlamat semua insan.orang yang paling bahagia adalah orang yang mampu membahagiakan orang lain. Tapi dalam hati kecil mereka adakah mereka mempunyai kebahagian..?


        1) Saya adalah orang yang paling bahagia,setiap masalah dihadapi dengan penuh lapang dada.


        2) Saya dikurniakan keluarga yang paling bahagia,


        3) Ayah(saya memanggil pak) saya ingin mengimpikan keluarga yang bahagia,emak saya seorang yang tabah dan penuh motivasi.Saya berharap mereka dapat menikmati kebahagian sehingga akhir hayat.


        3) Saya berharap kebahagian ini berkekalan..


        4) Pada sangat ini saya merindukan keluarga :ayah saya sentiasa tersenyum,emak selalu berceloteh panjang,kakak selalu tegur menegur dan bertanya khabar,abang dan adik selalu membuat saya sentiasa tersenyum dengan jenaka mereka,


        5) Saya merindukan suasana tersebut,saya ingin pulang.


        6) Saya mengimpikan kehidupan yang bahagia dan bersyukur ke atas nikmat yang Allah Taala kurniakan.


        7) Saya berharap saya terus bahagia di sini.


        8) Saya bahagia, tapi di luar sana ramai yang bersedih.


        9) Saya berharap mereka menemui kebahagiaan sebagaimana saya kecapi. Sentiasa berdoa agar terus bahagia.


        SEKIAN, kenali diri cari motivasi.

        SAHABAT DAN KAWAN


        Sahabat amat penting bagi kita semua.Teman ketawa memang ramai tetapi teman untuk berkongsi masalah susah kan.


        1)Sahabat yang paling baik ialah sahabat yang bersedia membetulkan kesilapan kita bukan sahabat yang sentiasa membetulkan kata-kata kita.


        2)saya mempunyai ramai kawan,tetapi saya tidak mempunyai sahabat yang sejati.


        3)bagaimana kita hendak menjadi sahabat sejati???


        4)orang yang tidak mempunyai kawan memang kesunyian.


        5)saya mengakui hidup saya tidak pernah sunyi kerana saya mempunyai ramai kawan.


        6)saya berharap semoga persahabatan ini berkekalan.


        Sekian,terima kasih

        Sunday, March 1, 2009

        Kali Pertama


        Kali pertama menjadi blogger ni..tak rasa hebat sangat pun.Tapi dengan blog saya dapat menyebarkan fahaman saya kepada orang lain. Memandangkan ini kali pertama memang lah tiada idea untuk saya tulis.


        1) blog ini hanya tujuan baik sahaja


        2) tiada unsur-unsur penipuan,fitnah dan adu domba antara satu sama lain

        3) tapi untuk kritikan yang kritis boleh sama sekali


        4)kali pertama memang sengal lah sikit


        5)sebagaimana orang lain saya suka menulis,merenung dan membuat kesimpulan


        Sekian,terima kasih

        Saturday, February 28, 2009

        New Potential Blogger Will Exist

        ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELAYAR TEGAR INTERNET