Thursday, June 3, 2010

CERITERA BAHAGIAN MULA-MULA

terdapat pelbagai cerita suka dan duka mewarnai hidup iwan setakat ini.
suka bila perkara yang terjadi menyukakan dan menyedapkan hati
duka sekiranya ia berlawanan dari perkataan "suka" dan "sedap"

walau bagaimanapun iwan cuba untuk berkongsi 1 cerita yang boleh kita periksa diri perkara sebenar yang terjadi.

tanya si penemuduga sambil tangan menulis sesuatu pada resume.
"mr. ahmad introduce yourself..."
iwan pun menjawab dengan selamba dan antara yakin tak yakin.

si penemuduga menyambung pertanyaan.
"what your vission amd mission in your career..?
"what's your talent?"
dan bermacam lagi..

sangat menghairankan,'folder' sijil yang iwan berikan padanya tidak sentuh barangkali.

Tidak mahukah dia selak-selak melihat ketebalan sijil dan deretan A pada sijil peperiksaan awam yang Iwan dapat.

akhirnya Iwan buat kesimpulan, jujukan A tidak dapat menjamin kita "perform well" semasa di temuduga.

agaknya adakah kita "perform well" semasa kita bertemu dengan Allah Taala nanti ya..?

Wednesday, June 2, 2010

OH TUHAN BERI AKU SEDIKIT HARAPAN

Baru-baru ini Iwan cuba untuk mencari kerja-kerja di lubuk rezeki di tempat Iwan ini..
bukan niat untuk kekal di premis tersebut tapi hanya untuk 'test market' kata orang. dengan wajah yang selamba Iwan bertanya

tanya Iwan.
"sekarang saya tengah cari pekerjaan,agaknya ada tak kerja kosong di sini.."
Jawab si penyambut tetamu,
"isi borang dan hantar.."

suatu ketika Iwan menelefon premis lain dengan niat yang sama.
Jawab si Pegawai Sumber Manusia,
"Baru ni syarikat kami dah ambil pekerja,tapi saudara boleh hantar resume untuk memohon pekerjaan di sini..."
dan lebih menghampakan,
"semalam kami dah mengadakan sesi interbiu untuk jawatan tertentu,tapi kami ada kekosongan untuk lelaki bagi jawatan ......."
Hati Iwan berbisik,
"aneh,..baru ni aku dah hantar resume kat kedua-dua premis ni..."

Iwan bukan jenis manusia yang cepat berputus asa,Iwan anggap ini adalah suatu UJIAN.

kesimpulan daripada cerita benar ini,
1)Teruskan usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. kisah di sebalik usaha itu ada membuatkan kita terus matang.
2)Iwan yakin suatu hari rezeki akan berada di depan mata,tapi entahkan bila?hanya tunggu dengan pengisian yang memanfaatkan. Jadi penulis bebas mungkin sesuai.
3)Iwan yakin memang Iwan memang laris di pasaran.Kalau tak masakan Iwan dapat 3 tawaran pekerjaan. ALHAMDULILLAH.
4)Walau bagaimanapun teruskan mengharapkan pertolongan Allah Taala kerana pemilik semua rezeki tentulah ALLAH TAALA..

yang penting oh Tuhan berikan aku sedikit harapan...

Tuesday, June 1, 2010

SALAM SEJAHTERA BUAT KALIAN YANG SEDANG MENANTI...

MEMANG hidup ini memerlukan daya saing,daya tahan dan daya kekuatan untuk melawan arus dunia sebelum kita mati esok-esok.

bahkan juga manusia yang hebat,ataupun usahawan yang hebat pun bergantung pada daya usaha semasa menempuh cabaran mereka betul tak?

iwan berpesan pada diri supaya terus berusaha dan bersikap percaya kepada diri -sendiri untuk melakukan sesuatu.

sekarang Iwan berada dalam kemelut dan konflik penungguan..
Tunggu untuk mendapatkan pekerjaan di tempat Iwan ni..sebab Iwan berada di kampung halaman,bukan di kotaraya yang banyak tempat kelelahan.

Tunggu yang memang tak pasti dan yang pasti berjawab atau tidak.

Tunggu untuk kematian...penungguan ini memang sangat pasti.

sehingga luahan ini ditulis, sudah 3 tawaran kerja sengaja Iwan tolak sebab faktor KEWANGAN.

MENJADI KAKITANGAN HOSPITAL SWASTA DI PUCHONG
MENJADI KAKITANGAN F&B DI TTDI JAYA
MENJADI SEORANG PELATIH PENGURUSAN SEBUAH RESORT YANG SEDANG MEMBANGUN

NAH,sekarang Iwan masih berharap untuk sesuatu yang pasti-BEKERJA DI SINI...

dan Iwan akan lakukan sesuatu suatu mengisi penungguan ini..
Iwan berharap dengan Ijazah yang Iwan dapat ini akan membantu masyarakat walaupun sedikit.

KERJA!KERJA!KERJA!