Tuesday, February 26, 2013

JANGAN MENYERAH

NAIK DAN TURUN 

Aku sangat membenci kepada manusia yang sengaja berstigma : 

“..dulu pelajaran tak seberapa,sekarang telah menjawat jawatan tinggi..”
“… dulu dia sangat cerdik,tapi sekarang buat kerja gitu-gitu saja..”
Aku sedar Allah sangat adil dalam membahagikan rezeki kepada hambaNya.
Rezeki yang sedikit tetap aku bersyukur. Kalau hari itu itu aku dapat banyak limpahan rezeki tetap aku bersikap qanaah.
Dilema sekarang ini,ramai kawan seperjuangan aku di luar sana sudah menikmati kejayaan bagi pandangan seorang masyarakat. Hal ini juga berlaku di tempat aku ini.Walaupun aku beranggapan mereka hanya mencapai kesederhanaan sahaja,mereka tetap bermegah-megah dengan segala harta yang ada. Sambil itu mereka membuat perbandingan diri orang itu dan orang ini.
Tapi tidak bagi aku ,memang aku dulu pelajar pintar,”very self-motivated”,dan menjadi kebanggaan kedua ibu dan bapa.Namun,semenjak aku menjalankan perniagaan ini seolah-olah merek anggap aku menyimpang dalam cita-cita yang asal.
Kejayaan yang sebenar bukan melalui penilaian masyarakat tetapi bergantung terhadap kejayaan yang dinilai oleh diri sendiri. Jatuh bangun dalam mengejar kejayaan.
Tambahan pula,kejayaan juga boleh dianalisa melalui sejumlah manusia yang berjaya hasil diberjayakannya.
Kejayaan yang hakiki ialah berjaya di akhirat apabila kita mendapat Syurga sudah tentu atas keizinan ALLAH TAALA.Walaupun begitu kejayaan di dunia tetap diperlukan untuk  menunjukkan bahawa umat Islam boleh berdikari dalam semua bidang termasuk ekonomi.
Suatu perbandingan :
Tatacara hidup Safee Salie(bukan nama sebenar)
Sangat bijak dalam bidang akademik.
Tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan yang bermula dari bawah.
Mendapat hasil gaji yang bukan setimpal daripada taraf pendidikannya.
Memulakan perniagaan yang agak perlahan. Mencorak  perniagaan secara berdikari.
Melalui sebuah kehidupan yang bersederhana tetapi tetap meyakini ketentuan Allah Taala.
Berkahwin dan ditakdirkan dikurniakan oleh Allah anak yang amat cerdas dan pintar.
Meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan sehingga dapat menaja beberapa pelajar yatim untuk melakar kejayaan.
Beliau meninggal dengan harta yang banyak dan jasa yang bertimbun.

Tatacara hidup khairul fahmi Che Mat(pun bukan nama sebenar).
Tidak ada kesungguhan dalam pengajian.
Kehidupan biasa bagi seorang pelajar untuk bekerja selepas belajar.
Taraf hidup yang agak senang keran makan gaji.
Akhirnya dapat kahwin awal.Dikurniakan anak yang tidak cerdas dan tidaklah pintar sangat.
Seterusnya menjalankan kehidupan serupa dengan orang jahil yang lain.
Kesimpulannya,
Biarlah kita dengan diri kita bukan dengan cara orang lain.
Tetapi aku telah mengalami fasa penurunan pada awal tahun 2011.Setelah aku memulakan perniagaan suci ini. 
“Mereka” menganggap aku telah “jatuh” oleh sebab :
 1)kadar kewangan aku yang masih tak stabil
2)selalu berkonflik dengan orang lain.
3)tidak mempunyai kemampuan material
Aku memang sengaja untuk terjun dalam bidang ini.Dah lama aku mengimpikan kerjaya ini.
1)aku bebas untuk menentukan hala tuju hidup
2)aku bebas untuk buat apa yang aku hendak buat
3)aku seorang yang hebat!aku tak rela hidupku ditentukan oleh orang lain.
4) aku ada prinsip hidup aku sendiri.

Sunday, February 3, 2013

PENCAPAIAN TUISYEN

Aku tak memaksa mereka untuk datang belajar ke kelas tuisyen aku.Tetapi aku akan membuatkan mereka untuk terpaksa datang ke sini,tempat tuisyen yang “open” ini.

Tuisyen aku ini bukanlah sehebat mana,tapi aku merasakan semangat pelajar-pelajar aku begitu hebat dan mereka begitu teruja untuk terus datang ke sini.

Mungkin amat mengjengkelkan bagi sesetangah orang tapi begitulah realitinya :
 
1)slogan “..cepat faham,lagilah senang..” yang aku sengaja gembar-gemburkan.

2) guru tuisyen yang glamer lagi ternama dan guru tuisyen paling cemerlang tanpa dinobatkan oleh mana-mana orang.

3)lokasi yang berhampiran dengan kawasan perumahan.

4) jurucakap produk aku atau duta kecil yang aku hadiahkan sekecil-kecil gula-gula dan  diraikan melalui majlis BBQ.

5) pencapaian yang membanggakan setakat ini :

Tahun 2012

Tahun 2: sudah pandai untuk membaca membuat ayat mudah walaupun secara merangkak.


Tahun 3: Matematik 4 orang dapat A
                English semua lulus


Tahun 4: Sains: semua orang dapat a
                Matematik: seorang pelajar yang paling tinggi seluruh darjah
                English: semua lulus

Tahun 5: Sains : sedih.maksimum dapat C,5 orang gagal
                Matematik : 2 orang dapat B,semua menunjukkan peningkatan walaupun masih gagal
                English : 2 orang dapat C dan selebihnya gagal



UPSR 2012 :
          Sains B 2 orang
          Matematik : 2 orang B
          English : semua C


Mereka datang secara berbayar dengan duit ibu dan bapa masing-masing.

Seringkali aku ingatkan mereka bahawa jika mereka berkehendak dalam melakukan anjakan paradigm,datanglah..

Sekiranya mereka masih mahu ketinggalan dan sayangkan duit ,itu terpulang..


Aku berasa hairan dan kasihan denagn sesetengah pelajarku yang masih belum menguasai kvk/kvkk/kkv.Telah tahun 3 tapi masih lemah dari aspek penulisan dan pembacaan.
Aku tidak tahu puncanya sebab aku bukannya major dalam Bahasa Malaysia,bagi aku pelajar ini mewakili 100 pelajar di luar sana.masih lemah.


Apakah nasib pelajar di luar sana ya?

Tuesday, January 29, 2013

CUTI UMUM DI RUMAH CIKGU WAN



“ok…kelas! Esok Isnin dan hari Selasa tiada kelas,kita kan jumpa lagi pada hari Khamis..”ujarku kepada anak-anak kecil Sembilan tahun ini.
Aku juga ingin ingatkan pada pelajar tahun 5.
“Jangan lupa untuk hadir pada hari Rabu ini untuk belajar Sains..”
Semua pelajar menunjukkan air muka yang berlainan.

Ada yang “yes” terdapat juga yang berbisik :
“..duduk rumah bukanya buat apa pun..”
……
Hari ini hari cuti untuk aku.Seorang guru tuisyen biasa yang mempunyai semangat yang luar biasa.Barangkali lebih hebat berbanding guru-guru di sekolah.
Pada waktu ini tiada jiwa yang aku ajar dan didik.Tiada sel neuron yang patut aku aktifkan.
Malam ini malam aku.Sunyi sepi.
“..kenapa perlu bercuti..?...”
1)waktu untuk diri-sendiri : 
agak lama untuk aku tidak bercuti,walaupun aku bercuti sepanjang siang,tapi aku bukan duduk goyang kaki.
2) beri peluang kepada pelajar untuk berehat sebagaimana mereka yang dirasakan ketika tidak menjadi pelajar tuisyen lagi.
3)waktu untuk aku mencari motivasi dan muhasabah diri.
4)kadang-kadang jiwa ini diselubungi rasa malas oleh sebab kelas tersebut kehadiran mereka tidak memuaskan.
Setakat ini aku jarang untuk membatalkan sesi tuisyen yang amat berharga ini secara sengaja.Bahkan aku merasakan amat rugilah dan tidak selesa jika tidak mendengar celoteh anak didikku pada malam-malam tertentu.Aku bahagia bersama mereka.
Tahap 1: setakat ini 3 kelas sahaja kelas ditunda
Tahap 2: 2 sesi ; itupun atas alasan mereka inginkan rehat.
Tingkatan 3 lelaki: 2 kali ;aku ganti dengan kelas pelajar tingkatan 5
Tingkatan 3 perempuan: 2 kali ; atas faktor keletihan mereka
Tingkatan 5 lelaki: 2 kali ; atas faktor kelas PMR dan awal bulan.
Tingkatan 5 perempuan: 6 kali ; banyak kebanyakan mereka tinggal jauh dan keaadaan cuaca sering menghambat.
Aku tak rela pelajar aku pulang tanpa bekalan ilmu.

Sunday, October 28, 2012

3 GOLONGAN PELAJAR

Pelajar ditugaskan untuk belajar dan pengajar ditugaskan untuk mengajar. Walaupun istilah belajar hanya dijuruskan pada alam persekolahan sahaja,tapi proses belajar yang hakiki ialah melalui pengamatan dan penghayatan dalam kitaran kehidupan seseorang manusia.

Terdapat 3 teknik menimba ilmu yang harus diketahui oleh seseorang pelajar.Sebab tulisan ini ditujukan khas kepada pelajar.Para pelajar yang masih mencari identiti teknik terbaik untuk diamalkan untuk mencari ilmu di sekolah mahupun peringkat universiti nanti.

PELAJAR yang suka mendengar dan cepat faham.
Merupakan pelajar yang kelas A.Mereka mempunyai daya tumpuan dan daya khayalan yang amat tinggi.Pelajar ini akan menumpukan perhatian semasa penerangan.Mereka hanya melopongkan mulut masing-masing sambil mendengar guru mereka"bercerita".Pelajar ini juga akan terganggu apabila terdapat rakan mereka menghanlang konsentrasi.Terdapat rungutan yang diberikan kepada pelajar golongan ini yang malas untuk melakukan latihan tambahan di rumah dan gagal untuk menyiapkan kerja sekolah.Mereka juga seringkali menimbulkan masalah disiplin.Walaupun demikian MEREKA TETAP PANDAI DAN CERDIK dalam subjek masing-masing.Tambahan pula mereka mempunyai sifat introvert yang tinggi.Tidak mahu untuk kehadapan.Memang sinonim terdapat pelajar lelaki yang menguasai teknik ini.
 
PELAJAR yang suka membaca dan baru faham.
Juga pelajar yang gred A.Memiliki daya fokus yang amat tinggi.Pada kebiasaannya teknik ini dikuasai oleh pelajar perempuan(memang mereka pembaca novel yang setia).Mereka senang untuk memahami setiap bait kata dalam tulisan.Golongan pelajar ini memang rajin untuk mentelaah dengan  membuat persediaan rapi pada malam sebelum sesi pembelajaran.Pelajar ini akan menumpukan penuh perhatian terhadap perkara yang dibaca dan seolah-olah mereka hanyut dalam patah perkataan.Di samping itu, mereka mempunyai tulisan yang cantik dan kemas.Mereka juga sering mewakili sekolah dalam bentuk pertandingan yang berbentuk kemahiran puitis seperti pidato,perbahasan,pantun atau kuiz.Terdapat kelemahan pelajar yang mempunyai teknik ini : mereka seolah-olah buta dalam kemahiran.
 
PELAJAR yang kena buat barulah faham.
Pelajar sebegini merupakan kelompok terbanyak yang terdapat dalam kelas tuisyen ini.Pelajar ini aktif,kurang daya fokus dan purata mereka mendapat kurang bilangan A dalam dalam ujian.Boleh dikatakan mereka bagaikan pahat dengan penukul,baru beringat baru buat.Baru kena hentak baru tersedar.Mereka tiada kesedaran untuk membaca(subjek bahasa selalu C atau B), dan jarang sekali untuk fokus ketika guru beri keterangan dalam sesi belajar.Nak suruh mereka belajar seorang diri di rumah-jangan harap!. Itupun hanya untuk melangsaikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu masing-masing.Sedikit kelebihan pelajar golongan ini : mereka sering mengharumkan nama sekolah dalam bidang bukan akademik-sukan dan kemahiran mencipta.

Atas kesedaran inilah KELAS TUISYEN CIKGU WAN menggabungkan 3 teknik belajar menjadi 1.

"..CEPAT FAHAM LAGILAH SENANG.."

Sunday, October 21, 2012

PESAN untuk pradewasa

airnya jernih mengalir deras,
sepoi-sepoi angin bertiupan,
siang malam galak sms,
tak kira waktu tidur atau makan.

unggas reriang di atas pokok,
liuk lentok pacat di tanah,
kecil-kecil sentuh rokok,
besar nanti merasa dadah.

rerama terbang menitip bunga,
bunga disangkut di perdu dahan,
budak lepak membuang masa,
lebih baik berpeluh bersukan.

katak miang memohon hujan,
hujan turun di atas pasung,
mengadap internet tanpa haluan,
jaga-jaga usah terpesong.

mergastua matang mencari makanan,
makanan diisi di atas papan,
belajar tak usah dilupakan,
menjamin hidup masa hadapan.

Sunday, July 1, 2012

MEMBAZIR BUKAN SIFAT SEBENAR AKU

Kali ini 2 sesi tuisyen telah aku bazirkan dengan sia-sia.Ceritanya bermula dengan begini :

"..ok,pelajar boleh balik sekarang.."
Sedangkan pada waktu tersebut hanya tinggal 20 minit sahaja lagi untuk sesi tuisyen ditamatkan.

Sehinggakan pelajar aku berkata :

"..aik...belum 1 jam lagi cikgu.."
Terdapat pelajar lain menambah :

"..nanti ayah saya tanya kenapa pulang awal.."
"...ala.. cikgu duduk di rumah pun bukannya buat apa pun.."

Seraya salah seorang pelajar aku memberi cadangan ;
"..err.. cikgu kita main teka-tekilah cikgu.."

Aku dengan tegas berkata;
"..ok semua boleh balik,esok sekolah kan..tidur awal.."

Sekonyong-konyong pulanglah mereka dengan berkata-kata dalam hati.

Ingatlah bahawa mereka semua baru tahun 3; 9 tahun.
Sudah pandai dalam memahami maksud  "time management skills

Konsep ini telah memberikan tamparan hebat kepada aku bahawa masa mereka amat penting!

Harus diingat kedatangan mereka di tempat aku dibayar melalui duit ibu dan bapa masing-masing.

Mereka membayar setiap masa 1 jam aku.
Aku telah "makan" masa mereka tanpa belas-ihsan.

IRONI

aduhai...aku insan yang bergelar dewasa masih banyak perlu belajar berkaitan kanak-kanak baru mumaiyiz itu.

1)aku dapat menyimpulkan bahawa aku masih gagal untuk membuat rancangan pembelajaran yang berkesan.

2)sedangkan aku mengakui bahawa aku seorang tutor yang hebat sepatutnya lebih arif tentang visi dan misi setiap sesi tuisyen yang dijalankan.

3)adakah aku betul-betul "gifted" dalam bidang ini?

4)ataupun aku telah bosan untuk melakukan perniagaan ini?

SOLUSI

1)kesan peristiwa di atas aku berjaya merangka sesi pembelajaran&pengajaran aku sendiri yang diakui mantap

2)baru kutahu pelajar sekolah rendah suka sesi bercerita dan sesi berkhayal setelah 15 minit belajar.

3)berjanjilah bahawa setiap sesi P & P aku harus dicatat untuk rujukan masa hadapan.

4)pelajar aku paling ramai 8 orang sekelas,jadi tiada masalah untuk penumpuan individu.

5)aku tidak sedar yang pelajar aku s suka untuk tampil kehadapan menyelesaikan soalan di papan putih,(sekolah mereka masih menggunakan kapur,tuisyen aku guna whiteboard).Tapi tidak untuk pelajar menengah yang malu-malu takut salah.

6)Aku suka tanya kepada pelajar,pernah suatu hari;

"macamana Safie beri jawapan.."
jawab si Safie :"sama dengan jawapan Khairul Fahmi cikgu.."
kata aku pada Safie :"..ulang balik apa yang Khairul Fahmi cakap.."

Si Safie terkebil-kebil beri jawapan.

7)Motif aku setiap P & P murid puas aku pun puas.kepuasan aku dalam menyampaikan ilmu dan kepuasan pelajar dalam mendapatkan ilmu baru.

INSYA'ALLAH..SEKIAN.

"...Cepat faham,lagilah senang.."