Saturday, March 28, 2009

Teh Tarik Kurang Manis dan Air Suam


Saya seorang kawan.Tapi saya tak tahu lah akhir-akhir ni rasa lain saja dia seorang ni.Sama-sama hayati pantun yang saya cipta khas untuk kawan saya ni...



Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Dua tiga budak itu boleh kucari,

Mana nak sama dia seorang.


Pulau pandan jauh ketengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Dia bagi lecture aku tak endah,

Tak sedar dia itu dua kali lima saja.


Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Kami selalu keluar makan,

Tapi aku tiada wang dia tak tahu.


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Budak itu selalu berdebar-debar,

Bila aku buat tak layan.


Rasa sayang hei,

Rasa sayang-sayang hei,

Hei lihat budak itu berjalan datang hei,

Mari pagi Jumaat dan pulang pagi Isnin hei.


Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Dia bukannya seorang budak,

Jadi,pandai-pandailah dia tahan.


ikan puyu biji selasih,

thank you terima kasih..


Tuesday, March 17, 2009

CINTA

Saya mengakui hati saya ini sedang dilamun cinta kepada seseorang...seseorang yang amat istimewa bagi saya..
Saya tidak tahu cara untuk menghargai cinta darinya..tetapi saya berusaha untuk menikmati cinta yang sejati.
Adakah ini satu permulaan untuk menuju ke puncak kebahagian ?...
Benar,hati saya cuba menerima seadanya.

TIDAK,CINTA BERLANDASKAN HAWA NAFSU AKAN MEMBAWA KAMI KE NERAKA....

  • saya memilih dia kerana dia seorang wanita
  • saya memilih dia kerana dia Muslimah
  • saya memilih dia kerana dia jujur
  • saya memilih dia kerana dia rajin
  • saya memilih dia kerana dia memahami saya
  • saya memilih dia kerana dia sedia berkorban
  • saya memilih dia kerana dia mempunyai sifat keibuan
  • saya memilih dia kerana dia sudi menjaga hati saya

Adakah perasaan cinta antara kita berkekalan ????
Adakah cinta ini membawa kami ke Syurga Allah Taala ???

Adakah dia menyintai saya sepenuh hati ???

Ya Allah sungguh hebat penangan cinta ini....

SEKIAN...

pasangan yang paling bahagia ialah pasangan yang buta dan tuli...
bukan pasangan yang membuta tuli

Wednesday, March 11, 2009

IZZUDDIN BIN MOHD TAHAR

mmm...dalam blog ini banyak saya mengisahkan tentang kisah peribadi rakan saya.Bukan bermakna saya ingin menceritakan kisah aib mereka tapi untuk menjadi iktibar untuk pembaca setia blog ini. Kali ini saya akan menceritakan kisah kawan saya yang bernama Izzuddin. Saya berharap semua Izzuddin di luar sana tidak terasa hati. Saya berharap kamu semua senyum !!! kan manis gitu..

  1. Tahun 2002-tingkatan 3-orang panggil dia Juddin. Kali terakhir saya mendengar perihal tentang dia pada tahun 2005. Dia berjaya ke universiti .Perkara yang paling istimewa iaitu dia adalah pelajar kurang upaya.Pergi dan pulang ke sekolah ibu dia yang bekerja sebagai kerani itu yang menghantar. Juddin memang terkenal dengan pandangan sinis dan suara yang vokal.Saya berharap juddin menjadi seorang yang optimis terhadap cita-cita dan menjadi pengkritik hebat. Bila lagi kita boleh berjumpa?
  2. 2004-tingkatan 5-saya penghuni asrama yang paling lama ketika waktu tersebut. Saya terpaksa menguruskan pelajar baru yang baru mendaftar. Betul...IZZUDDIN BIN MOHD TAHAR telah datang mendaftar. Perkara yang paling istimewa, gambar dia seiras denagn saya semasa saya darjah 6. Orang kata...tapi saya tahu itu hanya kebetulan sahaja. Asal dari Kemaman, Terengganu. Hubungan kami semakin rapat pada tahun tersebut. Seorang yang kreatif dan ceria. Saya terpisah dengan dia ketika saya tamat peperiksaan. dan...2 hari lepas..Saya menghantar mesej-tengah tunggu keputusan peperiksaan. Dalam hati saya sedar masing-masing sudah berubah dari segi perangai dan aspek fizikal. Kehidupan mesti diteruskan. IZZUDDIN- apa khabar?semoga sihat..
  3. Awal 2008-Asal kelantan. Bakal cikgu Matematik. Menpunyai banyak pengaruh oleh sebab kepimpinan dia yang membuatkan orang tak faham. Katanya nak jadi tokoh politik..harap-harap menjadilah ye..Saya berharap dia kenal saya bukan sekadar kawan tapi...sahabat?hmm...

IZZUDDIN-BANYAK ARANG,BANYAK GARAM,

BANYAK ORANG BANYAK RAGAM...

Sunday, March 8, 2009

JUNJUNG BAHASA MELAYU,KENDUNG BAHASA INGGERIS DAN BIMBIT BAHASA ARAB

CATATAN INI SAYA AMBIL DARI LAMAN WEB DR.MOHD SHUKRI ABDULLAH (Pakar motivasi pelajar) UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

PPSMI - Berbalik Kepada Asas

Saya ingin turut sama menyumbang buah fikiran dalam soal Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Untuk memastikan kita lebih faham akan isu ini yang di kebelakangan ini disuarakan oleh banyak cendikawan negara, elok kita berbalik ke soal asas pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.

Pelajar ke sekolah. Mereka belajar dalam kelas (atau makmal sains atau bengkel kerja tangan dsb.). Pendek kata pelajar belajar, guru mengajar. Itu asas utama pembelajaran.
Hasil dari pengajaran guru, secara umumnya akan terdapat empat kelompok pelajar.
Pertama, ada pelajar yang faham sepenuhnya pengajaran guru. Mereka inilah yang lazimnya muncul sebagai pelajar cemerlang dan memperolehi keputusan yang terbaik dalam setiap ujian bulanan, semester atau peperiksaan utama seperti UPSR, SMRA, PMR, SMA, SPM, STPM atau pun lain-lain peperiksaan sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka cemerlang sebab mereka faham sepenuhnya hampir kesemua subjek yang diajar oleh guru. Oleh kerana mereka faham sepenuhnya ajaran guru, maka mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.

Kedua pula ialah kumpulan pelajar yang hanya memahami sebahagian daripada apa yang di ajar oleh guru. Mungkin dari sepuluh perkara yang dibentangkan mereka hanya boleh memahami enam atau tujuh perkara sahaja. Inilah kelompok pelajar sederhana. Sesetengah subjek difahami sepenuhnya manakala subjek lain pula difahami sebahagian sahaja. Atas sebab itulah keputusan peperiksaan mereka meliputi gred A, B dan C sebagai contoh. Mereka ini kita golongkan sebagai pelajar sederhana.

Kelompok ketiga terdiri dari kalangan pelajar yang hanya dapat memahami sebahagian kecil sahaja dari apa yang diajarkan oleh guru kelas mereka. Inilah kelompok pelajar lemah. Rata-rata gred yang diperolehi ialah C dan D sahaja. Jarang sekali mereka mendapat B atau A. Mungkin bagi sesetengah subjek lain mereka gagal terus.
Kemudian kita ada kelompok terbawah, yakni pelajar gagal kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka inilah yang lazimnya berada di kelas bekalang. Kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru, maka mereka ke sekolah “sekadar meramaikan majlis”.
Apakah faktor yang menyebab mereka faham atau tidak faham pengajaran guru ? Banyak !. Di pihak pelajar, mereka tidak atau kurang faham kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas, bermain-main semasa guru mengajar, tidak ada asas yang kukuh mempepalajari sesuatu tajuk yang diperkenalkan dan yang seumpamanya. Di sebelah pihak guru pula ia mungkin disebabkan oleh pengajaran yang kurang berkesan.

Namun ada satu lagi faktor kritikal yang menentukan kefahaman atau ketidakfahaman pelajar terhadap pengajaran guru.

Ada kalanya pelajar telah memberi tumpuan 100% dalam kelas. Mereka tidak bermain-main semasa guru mengajar. Namun kerana bahasa yang digunakan oleh guru tidak difahami oleh pelajar, maka masih sukar bagi mereka untuk memahami apa yang diajar. Inilah di antara perkara utama yang menimbulkan masalah dalam PPSMI.
Ia menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru yang mengajar subjek berkenaan kurang dapat menguasai Bahasa Inggeris itu sendiri. Atau mungkin usaha guru untuk mengajar menggunakan dwi-bahasa kurang menjadi.

Pada saya ibu kunci kejayaan akademik ialah FAHAM. Jika seseorang pelajar itu faham apa yang diajar oleh guru, maka peluangnya untuk skor sesuatu subjek amatlah baik. Jika tidak, maka peluangnya amat tipis sekali.

Atas sebab itulah kita lihat sesetengah pelajar nampak seolah-olah tidak belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan rakan sekelasnya serta menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum sekolah dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab, namun menyerlah sebagai pelajar terbilang sekolah pada hari penganugerahan pelajar cemerlang. Rakannya pula berusaha dua kali ganda lebih kuat darinya, menghadiri kelas tuisyen dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sekadar memenuhi syarat sekolah sahaja, namun tidak menampakkan kehebatan dalam pelajaran.

Di mana silapnya ? Tidak ada silap di mana-mana melainkan pelajar cemerlang tadi cemerlang sebab dia memahami sepenuhnya ajaran guru, manakala rakannya tidak begitu. Sementara rakannya perlu mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan kerja rumah, dia terpaksa bertungkus lumus berjam-jam lamanya untuk mendapat hasil yang sama. Jawapannya, seorang faham, dan seorang lagi kurang atau tidak faham. Justeru itu, ibu kunci kejayaan ialah FAHAM apa yang diajar oleh guru.
Biar saya buat satu analogi untuk memantapkan lagi hujjah ini. Katakan subjek Matematik atau Sains diajar oleh seorang guru dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab, atau oleh guru dari Manila dalam Bahasa Tagolog atau oleh seorang guru dari Pirenza (Florence) dalam Bahasa Itali.

Kita sendiri yang masih meraba-raba dengan bahasa Arab atau Tagolog atau Itali mengikuti pengajaran guru berkenaan. Sehebat manapun guru tersebut, sudah pasti sukar sekali bagi kita memahami pengajaran guru berkenaan.
Ia mungkin satu analogi yang agak keterlaluan, namun itulah unsur-unsur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang sama ada tidak tahu langsung Bahasa Inggeris atau lemah bahasa berkenaan.

Dalam keadaan serupa itulah, program tuisyen seperti yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran (skim baucer tuisyen) atau FELDA (skim tuisyen Felda) atau lain-lain agensi kerajaan dan bukan-kerajaan kurang keberkesanannya kerana masalah asas, yakni tidak faham atau kurang faham ajaran guru kerana penggunaan bahasa tertentu wujud.
Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang guru dari Kota Belud, Sabah ketika dia mengajak pelajar membuat karangan dalam Bahasa Inggeris. Dia minta pelajar memberitahu apakah perkataan “pengenalan” dalam Bahasa Inggeris. Setiap karangan mesti dimulakan dengan “pengenalan”. Dia amat terkejut apabila seorang pelajar berkata (bukan tujuan berjenaka) “I.C.” Bagi pelajar berkenaan baeangkali kerana “Kad Pengenalan” itu lazimnya disebaut sebagai “I.C”, maka itulah agaknya logik yang dipakai.
Itu sekadar satu dari banyak contoh serta ratusan “cerita jenaka” di mana guru-guru sekolah, khususnya di kawasan luar bandar hadapi dalam mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Ini bermakna pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi diajar oleh guru yang belum sepenuhnya bersedia mengajar dalam Bahasa Inggeris subjek Sains dan Matematik menghadapi dua aras permasalahan.
Pertama masalah mereka memahami pengajaran yang dibuat dalam bahasa yang mereka tidak selesa, dan keduanya memahami isi kandungan subjek Sains dan Matematik itu sendiri.
Sama ada berasas atau tidak, sebelum ini kita sering dengar keluhan umum tentang kelemahan pelajar Bumiputera dalam kedua-dua subjek berkenaan. Dengan memeprkenalkan PPSMI, kita bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah memburukkan lagi keadaan.
Saya amat bersetuju sekali kita meneliti semula dengan serius PPSMI kerana salah satu sebab utama diperkenalkan PPSMI ialah untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara kita ini. Itu satu matlamat murni yang tidak perlu dipertikaikan, cuma apakah pendekatannya menerusi PPSMI. Mengapa tidak memperkasakan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri seperti yang sering diwar-warkan oleh ramai orang.

Malah andaian penggunaan Bahasa Inggeris untuk memajukan negara juga ada hujah balasnya. Banyak negara di dunia yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama berjaya. Lihat Thailand sendiri kerana kemajuan sains dan teknologinya juga hebat sebenarnya. Negara Jepun, Jerman dan sekarang kemunculan gergasi ekonomi baru China. Pengalaman saya ke Itali tahun lalu cukup relevan. Rata-rata sama ada di TV, papan tanda jalan serta perbualan umum hampir 95% dalam bahasa Itali. Namun ia maju. Banyak jenama Itali menjadi buruan dunia. Tiada Bahasa Inggeris.

Cuma saya harap kita jangan ambil terlalu lama untuk meneliti semula dasar PPSMI. Sememangnya banyak pihak berhujjah bahawa kita jangan terburu-buru mengubah sesuatu dasar. Itu boleh kita fahami. Cuma yang menjadi persoalan kenapa dasar yang sama semasa diperkenalkan dulu tidak diteliti dengan mendalam. Tiba-tiba ia diperkenalkan tanpa apa-apa kajian dan tanpa apa-apa persediaan ! SUMBER ; http://drshukri.wordpress.com/

Pandangan saya tentang hal ini????

balik kampung

Saya harap ada orang kampung saya yang membaca blog saya ini. Sesungguhnya kerinduan PADA KAMPUNG HALAMAN TIDAK TERTAHAN LAGI...Cuti-peluang untuk balik ke kampung. Beramah mesra bersama keluarga yang selama ini ditinggalkan. Oleh sebab kesibukan seharian dan faktor kewangan,saya ambil keputusan bulan 5 ini adalah hari terbaik untuk pulang. Apa khabar orang kampung..?

  1. Saya tak dapat menafikan perasaan untuk pulang ke kampung,fenomena semulajadi bagi perantau tegar macam saya. Apa khabarmu di sana?
  2. FENOMENA balik kampung memang terasa gelombangnya ketika hari raya,musim cuti pengajian.
  3. Ketika saya meninjau stesen bas 2 hari lepas(cuti sempena Maulidur Rasul), memang bahang ini terasa. Masing-masing mengandang beg untuk pulang-KAMPUNG....
  4. Dalam hati saya saya terfikir apa yang ada di kampung,sedangkan di bandar lengkap segalanya-"wifi",hiburan,makanan.
  5. Rupa-rupanya banyak yang boleh disimpulkan dari situasi "bombastic" ini.
  6. Anda setuju kalau saya katakan mereka ini mempunyai jati diri sebagai anak kelahiran kampung/hulu/pedalaman.
  7. Mereka ingatkan keluarga sebab itu mereka balik ke kampung.
  8. Mereka tahu asal-usul masing-masing-SIAPA MEREKA-Sebab itu mereka balik.
  9. Dan,ada duit lebih-BALIK-walaupun tiket pergi/balik mencecah RM100 untuk 2 malam sahaja.
  10. Tiada kerja hendak dibuat-balik!!!!
  11. Apa khabar orang kampung saya,-Pulau Duyong,Kuala Terengganu-sihat?-senyum sokmo deh-

akhir kata-selamat PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING SEBELUM ANDA DIPULANGKAN KE KAMPUNG...

Wednesday, March 4, 2009

WAN MOHD NAIM


WAN MOHD NAIM BIN WAN HASSAN ,21 tahun(BULAN MAC adalah bulan kelahiran tapi saya kurang pasti bila-maaf) tinggal di Kampung Duyong Kecil.Ada motorsikal baru. Sya sudah kenal beliau dari umur 9 tahun. Duduk dalam satu kelas dari darjah 4 hingga hingga darjah 6. Sempat bersekolah di sekolah yang sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mempunyai banyak keistimewaan yang tersembunyi dan pelbagai cerita suka dan duka yang saya dengar daripada dia.

1) Pagi tadi saya terima sepotong sms darinya " mung duk wak nape tu,sehat dok mung dinung.."

2) Senyum saya terima sms tersebut,dia kawan yang memahami.

3) Dia pernah kemalangan ketika menunggang basikal ketika 6 tahun,kesannya sampai sekarang pada lengannya.

4) Dia pernah ditahan di hospital, darjah 5-buah pinggang.

5) Menaiki basikal bersama-sama ketika ke sekolah suatu masa dahulu,dia hampir kemalangan lagi.

6) ALLAH uji lagi,ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara-Dungun-kemalangan dengan kereta.

7)Diuji lagi ketika semester 4 ketika menuntut.

8) Sekarang saya lihat dia semakin bersemangat bersama tempat pengajian baru-belajar kejuruteraan elektrik.

9) Dia menemani saya untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk memasuki UiTM ketika masa dahulu.Juga menemani saya ketika saya hendak mengambil keputusan STPM saya-dia ceria.

10) Mempunyai ahli keluarga yang ramai-dia anak bongsu. Ibu yang baik hati dan ayah yang tenang.saya pernah menikmati kuih di rumahnya- memang asyik ketika itu.

11) Kini saya berpeluang menghantar mesej sahaja,saya akan jumpa dia ketika pulang ke kampung halaman.

Naim-semoga sihat dan ceria selalu di samping keluarga.

Sekian,kenal peribadi melalui kawan.

Monday, March 2, 2009

BAHAGIA


KEBAHAGIAN merupakan matlamat semua insan.orang yang paling bahagia adalah orang yang mampu membahagiakan orang lain. Tapi dalam hati kecil mereka adakah mereka mempunyai kebahagian..?


1) Saya adalah orang yang paling bahagia,setiap masalah dihadapi dengan penuh lapang dada.


2) Saya dikurniakan keluarga yang paling bahagia,


3) Ayah(saya memanggil pak) saya ingin mengimpikan keluarga yang bahagia,emak saya seorang yang tabah dan penuh motivasi.Saya berharap mereka dapat menikmati kebahagian sehingga akhir hayat.


3) Saya berharap kebahagian ini berkekalan..


4) Pada sangat ini saya merindukan keluarga :ayah saya sentiasa tersenyum,emak selalu berceloteh panjang,kakak selalu tegur menegur dan bertanya khabar,abang dan adik selalu membuat saya sentiasa tersenyum dengan jenaka mereka,


5) Saya merindukan suasana tersebut,saya ingin pulang.


6) Saya mengimpikan kehidupan yang bahagia dan bersyukur ke atas nikmat yang Allah Taala kurniakan.


7) Saya berharap saya terus bahagia di sini.


8) Saya bahagia, tapi di luar sana ramai yang bersedih.


9) Saya berharap mereka menemui kebahagiaan sebagaimana saya kecapi. Sentiasa berdoa agar terus bahagia.


SEKIAN, kenali diri cari motivasi.

SAHABAT DAN KAWAN


Sahabat amat penting bagi kita semua.Teman ketawa memang ramai tetapi teman untuk berkongsi masalah susah kan.


1)Sahabat yang paling baik ialah sahabat yang bersedia membetulkan kesilapan kita bukan sahabat yang sentiasa membetulkan kata-kata kita.


2)saya mempunyai ramai kawan,tetapi saya tidak mempunyai sahabat yang sejati.


3)bagaimana kita hendak menjadi sahabat sejati???


4)orang yang tidak mempunyai kawan memang kesunyian.


5)saya mengakui hidup saya tidak pernah sunyi kerana saya mempunyai ramai kawan.


6)saya berharap semoga persahabatan ini berkekalan.


Sekian,terima kasih

Sunday, March 1, 2009

Kali Pertama


Kali pertama menjadi blogger ni..tak rasa hebat sangat pun.Tapi dengan blog saya dapat menyebarkan fahaman saya kepada orang lain. Memandangkan ini kali pertama memang lah tiada idea untuk saya tulis.


1) blog ini hanya tujuan baik sahaja


2) tiada unsur-unsur penipuan,fitnah dan adu domba antara satu sama lain

3) tapi untuk kritikan yang kritis boleh sama sekali


4)kali pertama memang sengal lah sikit


5)sebagaimana orang lain saya suka menulis,merenung dan membuat kesimpulan


Sekian,terima kasih