Sunday, October 28, 2012

3 GOLONGAN PELAJAR

Pelajar ditugaskan untuk belajar dan pengajar ditugaskan untuk mengajar. Walaupun istilah belajar hanya dijuruskan pada alam persekolahan sahaja,tapi proses belajar yang hakiki ialah melalui pengamatan dan penghayatan dalam kitaran kehidupan seseorang manusia.

Terdapat 3 teknik menimba ilmu yang harus diketahui oleh seseorang pelajar.Sebab tulisan ini ditujukan khas kepada pelajar.Para pelajar yang masih mencari identiti teknik terbaik untuk diamalkan untuk mencari ilmu di sekolah mahupun peringkat universiti nanti.

PELAJAR yang suka mendengar dan cepat faham.
Merupakan pelajar yang kelas A.Mereka mempunyai daya tumpuan dan daya khayalan yang amat tinggi.Pelajar ini akan menumpukan perhatian semasa penerangan.Mereka hanya melopongkan mulut masing-masing sambil mendengar guru mereka"bercerita".Pelajar ini juga akan terganggu apabila terdapat rakan mereka menghanlang konsentrasi.Terdapat rungutan yang diberikan kepada pelajar golongan ini yang malas untuk melakukan latihan tambahan di rumah dan gagal untuk menyiapkan kerja sekolah.Mereka juga seringkali menimbulkan masalah disiplin.Walaupun demikian MEREKA TETAP PANDAI DAN CERDIK dalam subjek masing-masing.Tambahan pula mereka mempunyai sifat introvert yang tinggi.Tidak mahu untuk kehadapan.Memang sinonim terdapat pelajar lelaki yang menguasai teknik ini.
 
PELAJAR yang suka membaca dan baru faham.
Juga pelajar yang gred A.Memiliki daya fokus yang amat tinggi.Pada kebiasaannya teknik ini dikuasai oleh pelajar perempuan(memang mereka pembaca novel yang setia).Mereka senang untuk memahami setiap bait kata dalam tulisan.Golongan pelajar ini memang rajin untuk mentelaah dengan  membuat persediaan rapi pada malam sebelum sesi pembelajaran.Pelajar ini akan menumpukan penuh perhatian terhadap perkara yang dibaca dan seolah-olah mereka hanyut dalam patah perkataan.Di samping itu, mereka mempunyai tulisan yang cantik dan kemas.Mereka juga sering mewakili sekolah dalam bentuk pertandingan yang berbentuk kemahiran puitis seperti pidato,perbahasan,pantun atau kuiz.Terdapat kelemahan pelajar yang mempunyai teknik ini : mereka seolah-olah buta dalam kemahiran.
 
PELAJAR yang kena buat barulah faham.
Pelajar sebegini merupakan kelompok terbanyak yang terdapat dalam kelas tuisyen ini.Pelajar ini aktif,kurang daya fokus dan purata mereka mendapat kurang bilangan A dalam dalam ujian.Boleh dikatakan mereka bagaikan pahat dengan penukul,baru beringat baru buat.Baru kena hentak baru tersedar.Mereka tiada kesedaran untuk membaca(subjek bahasa selalu C atau B), dan jarang sekali untuk fokus ketika guru beri keterangan dalam sesi belajar.Nak suruh mereka belajar seorang diri di rumah-jangan harap!. Itupun hanya untuk melangsaikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu masing-masing.Sedikit kelebihan pelajar golongan ini : mereka sering mengharumkan nama sekolah dalam bidang bukan akademik-sukan dan kemahiran mencipta.

Atas kesedaran inilah KELAS TUISYEN CIKGU WAN menggabungkan 3 teknik belajar menjadi 1.

"..CEPAT FAHAM LAGILAH SENANG.."

Sunday, October 21, 2012

PESAN untuk pradewasa

airnya jernih mengalir deras,
sepoi-sepoi angin bertiupan,
siang malam galak sms,
tak kira waktu tidur atau makan.

unggas reriang di atas pokok,
liuk lentok pacat di tanah,
kecil-kecil sentuh rokok,
besar nanti merasa dadah.

rerama terbang menitip bunga,
bunga disangkut di perdu dahan,
budak lepak membuang masa,
lebih baik berpeluh bersukan.

katak miang memohon hujan,
hujan turun di atas pasung,
mengadap internet tanpa haluan,
jaga-jaga usah terpesong.

mergastua matang mencari makanan,
makanan diisi di atas papan,
belajar tak usah dilupakan,
menjamin hidup masa hadapan.

Sunday, July 1, 2012

MEMBAZIR BUKAN SIFAT SEBENAR AKU

Kali ini 2 sesi tuisyen telah aku bazirkan dengan sia-sia.Ceritanya bermula dengan begini :

"..ok,pelajar boleh balik sekarang.."
Sedangkan pada waktu tersebut hanya tinggal 20 minit sahaja lagi untuk sesi tuisyen ditamatkan.

Sehinggakan pelajar aku berkata :

"..aik...belum 1 jam lagi cikgu.."
Terdapat pelajar lain menambah :

"..nanti ayah saya tanya kenapa pulang awal.."
"...ala.. cikgu duduk di rumah pun bukannya buat apa pun.."

Seraya salah seorang pelajar aku memberi cadangan ;
"..err.. cikgu kita main teka-tekilah cikgu.."

Aku dengan tegas berkata;
"..ok semua boleh balik,esok sekolah kan..tidur awal.."

Sekonyong-konyong pulanglah mereka dengan berkata-kata dalam hati.

Ingatlah bahawa mereka semua baru tahun 3; 9 tahun.
Sudah pandai dalam memahami maksud  "time management skills

Konsep ini telah memberikan tamparan hebat kepada aku bahawa masa mereka amat penting!

Harus diingat kedatangan mereka di tempat aku dibayar melalui duit ibu dan bapa masing-masing.

Mereka membayar setiap masa 1 jam aku.
Aku telah "makan" masa mereka tanpa belas-ihsan.

IRONI

aduhai...aku insan yang bergelar dewasa masih banyak perlu belajar berkaitan kanak-kanak baru mumaiyiz itu.

1)aku dapat menyimpulkan bahawa aku masih gagal untuk membuat rancangan pembelajaran yang berkesan.

2)sedangkan aku mengakui bahawa aku seorang tutor yang hebat sepatutnya lebih arif tentang visi dan misi setiap sesi tuisyen yang dijalankan.

3)adakah aku betul-betul "gifted" dalam bidang ini?

4)ataupun aku telah bosan untuk melakukan perniagaan ini?

SOLUSI

1)kesan peristiwa di atas aku berjaya merangka sesi pembelajaran&pengajaran aku sendiri yang diakui mantap

2)baru kutahu pelajar sekolah rendah suka sesi bercerita dan sesi berkhayal setelah 15 minit belajar.

3)berjanjilah bahawa setiap sesi P & P aku harus dicatat untuk rujukan masa hadapan.

4)pelajar aku paling ramai 8 orang sekelas,jadi tiada masalah untuk penumpuan individu.

5)aku tidak sedar yang pelajar aku s suka untuk tampil kehadapan menyelesaikan soalan di papan putih,(sekolah mereka masih menggunakan kapur,tuisyen aku guna whiteboard).Tapi tidak untuk pelajar menengah yang malu-malu takut salah.

6)Aku suka tanya kepada pelajar,pernah suatu hari;

"macamana Safie beri jawapan.."
jawab si Safie :"sama dengan jawapan Khairul Fahmi cikgu.."
kata aku pada Safie :"..ulang balik apa yang Khairul Fahmi cakap.."

Si Safie terkebil-kebil beri jawapan.

7)Motif aku setiap P & P murid puas aku pun puas.kepuasan aku dalam menyampaikan ilmu dan kepuasan pelajar dalam mendapatkan ilmu baru.

INSYA'ALLAH..SEKIAN.

"...Cepat faham,lagilah senang.."


Sunday, June 24, 2012

TARGET dan SUMBAT GOL


Aku bukanlah fanatik sangat terhadap sukan bola sepak.Permainan yang paling diminati oleh semua penduduk di planet bumi ini. Setelah aku bergaul dengan “si kain putih” ini sekian lama,aku semakin berminat untuk mengikut perkembangan bola sepak.Segalanya bermula dengan bulan April tahun lepas.
Ketika itu Terengganu menang 2-1 teradap Kelantan pada final PIALA FA 2011 MALAYSIA.Hasil gol sendiri oleh pemain DAUDSU SULAIMAN dari Kelantan memberikan kemenangan untuk pasukan bola Terengganu.
Bahkan, terdapat anak muridku terbang ke sana bersama abah mereka.Stadium Nasional Bukit Jalil..Alaahai…
Sempena perkembangan EURO 2012 yang berlangsung di Poland-Ukraine akhirnya aku semakin berminat untuk mengikuti permainan ini.Selain EURO,aku amat mengambil tahu perihal bola sepak dunia.
1)rata-rata bintang bola sepak yang ternama terdiri daripada pemain handalan dunia,terdiri daripada pemain Liga Inggeris,Liga Sepanyol,Liga German
2)Aku mengagumi semangat para pemain untuk memburu gol kemenangan
3)kalah dan menang adat bertanding
4)Mereka kalah pun duit pun masuk berkatung-katung dalam poket masing-masing
5)kebanyakan pemain ternama seusia dengan aku

  • Lionel Messi(Barcelona/Argentina)
  • Cesc Fabregas(Barcelona/Sepanyol)
  • Samir Nasri(Mancester City/Perancis)

antara pemain Terengganu yang seusia dengan aku :

  • Abdul Manaf Mamat
  • Josep Kalang Tie


Pengalaman aku ketika bermain bola sepak :
1)pernah menghabiskan duit simpanan untuk beli bola sepak
2)pernah rebah untuk bermain bola,kawan lain ketawa lalu bola kubawa lari (mengajuk)
3)selalu berada pada posisi pertahanan kerana tiada keyakinan dalam menyerang
4)nafas tercungap-cungap tiada stamina
5)tidak pernah ke stadium untuk menyaksikan perlawanan
6)pernah menjadi “lines man”
7)kemarau gol sekian lama tapi berjaya sumbat gol ketika bermain bola sepak pantai
8)kurang faham tentang off-side
untuk kembali aktif dalam bermain bola sepak ialah sesuatu yang mustahil bagi aku.Dengan keadaan masa yang suntuk dan skil yang berkurangan aku hanya lihat-senyum-geleng kepala sahaja.

Justeru aku kini berazam :
1)aku akan menaja pasukan bola sepak sekolah rendah di tempat aku 
2)aku akan menubuhkan syarikat pengurusan acara khusus untuk aktiviti sukan.




Sunday, June 17, 2012

SUATU KELEGAAN

Cuti persekolahan begini dihidangkan dengan cuaca yang tidak mengizinkan.hal ini disebabkan oleh cuaca ribut petir pada malamnya.Sepanjang minggu ini kelas terpaksa ditundakan terutama pelajar sekolah menengah.Terasa kerugian yang amat.Namun,sebagai insan yang tidak mampu membuat ramalan aku hanya pasrah terhadap ciptaan-NYA.

Coretan 1

Aku menerima sepotong ayat sms dari seorang pelajar yang ingin mengatakan yang dia akan menamatkan kidmat tuisyen di tempat aku ini. Sebenarnya telah lama aku menunggu keputusan yang dijangka itu.Aku sebenarnya sudah lama tahu akan niat mereka.Ketika pendaftaran mereka di tempat usang ini aku telah maklumkan mereka boleh menamatkan sesi tuisyen ketika masuk bulan Jun.

Coretan 2

Setelah tamat sesi "home tuition" di salah sebuah rumah pelajar.Suasana hening seketika seperti terdapat benda yang ingin diluahkan pelajar.Amat penting.

Salah seorang pelajar mula bicara :

"..err..cikgu ,sebenarnya kami semua dah nak berenti.."

Aku menyoal dengan tenang sambil meneguk minuman yang disediakan.

"..hmmm..mengapa..?"

"..sebenarya cikgu dekat sekolah mula buat kelas tambahan untuk pelajar,jadi kami bertindan dengan jadual tuisyen cikgu.." Jawab mereka dengan perasaan gentar barangkali.

Sangkaan mereka aku akan menunjukkan reaksi tak puas hati kepada mereka,tapi meleset.

Aku menjawab ;
"..oh,bagusla itu menunjukkan cikgu di sekolah komitmen atas pelajar untuk mengajar supaya cepat faham.."

Jauh di sudut hati aku berasa terkilan sedikit.

Selepas itu aku memulakan "ceramah motivasi" percuma kepada mereka.


Syukur..
Semua pelajar tadi ialah pelajar perempuan.Mungkin Allah Taala hendak selamatkan aku dari fitnah wanita.

1)Aku bakal kehilangan beratus ringgit akibat ketiadaan meeka.Mereka ialah sumber pendapatan aku.
2)Ingin sekali aku ingin menjadi tutor jemputan di sekolah mereka untuk menolong cikgu-cikgu di sana, tetapi akibat ketiadaan mereka aku menganggap keingian aku sudah tidak tercapai.
3)aku telah kehilangan agen promosi(verbal promotion) yang berkuasa.
4)Aku tidak lagi bersilaturrahim dengan mereka lagi.

ada hikmah di sebaliknya

1)Aku tidak bimbang lagi berkaitan cuaca demi keselamatan mereka
2)Aku berpegang kepada prinsip "patah tumbuh hilang berganti"
3)Allah menyuruh aku berehat disebabkan oleh setiap malam aku diisi dengan aktiviti bersama mereka.
4)Aku boleh fokus terhadap bidang penulisan.


Semestinya

1)Inilah antara satu cabaran bidang perniagaan tuisyen
2)Pergiat promosi melalui poster dan kain rentang
3)pelajar itu amanah,jadi peliharalah mereka
4)Aku terlepas dari dibelenggu masalah buatan mereka.


Wednesday, June 13, 2012

Aku mendambakan sebuah premis untuk aku menjalankan kerjaya yang aku suka ini.

Tiba masanya aku memerlukan tempat yang selesa untuk melakukan kerja yang aku suka di tempat yang aku suka.

Nah,aku persembahkan pantun tentang perasaan gelojak perasaan aku sekarang :

Kalau aku dapat rumah itu,
aku akan bawa murid beribu,
aku harap tuan empunya bersetuju
buat rumah macam begitu...

kalau aku dapat rumah itu,
murid datang tanpa malu-malu,
senyum selalu,
belajar di tempat baharu..

kalau aku dapat tempat itu,
aku buat syarikat aku,
jurumotivasi,jurulatih dan penulis buku,
berusaha mencari wang saku..

kalaulah aku dapat rumah itu,
tujuan mahu elak ribut petir dan hujan batu,
demi keselamatan kerap aku elak itu,
anugerah cuaca dari ALLAH yang SATU..

kalaulah aku dapat rumah itu..
kalaulah aku dapat rumah itu..
kalau-kalau-kalau...
AKU akan dapatkan tempat itu...
ALLAH TAALA akan mendengar harapan aku..

Tuesday, May 22, 2012

Serius..
Aku sangat meminati ilmu kira-kira.Buktinya : 

 1)Tahun 1 hingga 3 aku tak pernah tak dapat A dalam Matematik
2)Tahun 2 aku sudah pandai menggunakan sempua(abakus) dan ayah aku menyuruh aku mengajarnya.
3)Sepanjang tahun 1999(tahun 6) markah Matematik aku sentiasa A
4)Alam di sekolah menengah aku tak pernah tak siap dalam kerja rumah Matematik
5)Aku akan pastikan aku membuat 5 soalan Matematik setiap hari.


antara bidang Matematik yang aku minat ialah bidang geometri dan sedikit kelemahan dalam kebarangkalian.
6)Aku dilantik menjadi fasilitator mewakili sekolah untuk mengajar Matematik Tambahan kepada pelajar sekolah lain.
7)Semasa di tingkatan 6 markah aku sentiasa tertinggi dalam Subjek Matematik t STPM pernah mendapat anugerah TOP 10 pelajar Sains Tingkatan 6.

aljabbar

rupa-rupanya baru aku tahu yang Encik AL-JABBAR(gambar atas) ini merupakan salah seorang pengasas ilmu ALGEBRA Matematik.


begitu juga dengan sumbangan Encik AL-KHOWARIZMI ini(gambar patung) yang banyak menyumbangkan idea-idea baru dalam Matematik                                                                                                          







AZAM aku selepas ini :

1)tunggu kehadiran CIKGU WAN di tempat anda !
2)tunggu iklan tentang seminar "Belajar Matematik cara mereka" yang akan membuatkan kalian berasa teruja untuk menghadirinya(khususnya golongan pelajar)

tahniah lah ya!

Tahniah...!


Itulah yang aku mampu aku ucapkan kepada salah seorang pelajar aku.Mendapat beberapa A untuk peperiksaan SPM dan berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi yang terletak di utara semenanjung.

Aku ? Tumpang berbangga denaga kejayaan tersebut.Bahkan antara bekas pelajarku yang menjadi pada sesi tuisyen pada tahun lepas.Walaupun aku mengakui bahawa segala usaha melalui diri -sendiri aku tidak menafikan ALLAH sedang memakbulkan impian untuk sambung.Jauh di sudut hati aku mengakui bahawa beliau seorang yang amat tabah pada tahun lepas,tapi semua itu tidak menjadi pada diriku ini.

Dengan hanya jawapan sms acuh tak acuh ;

" tq banyk2 ".


Membuatkan aku berasa terkilan sedikit.

Pada saat keputusan SPM diumumkan akulah orang yang pertama dikhabarkan berita kejayaannya.Subjek Sains yang aku ajari tersangkut pada "C" & "D" tiada "B".Tapi membuatkannya telah mencapai menggapai sasaran.

Terkenangkan kegigihan pelajar ini untuk menjadikan aku sebagai mentornya.Meredah bahaya hujan,petir dan air bah di tempat tuisyen ku ini membuatkan aku bersungguh-sungguh untuk membimbingnya.

Pada masa itu.

Subjek ADD MATH yang masih lagi "blur".
Subjek FIZIK,KIMIA yang entah apa-apa.

Apabila ditanya kemanakah hala tuju selepas ini?

"jurusan undang-undang" katanya penuh bersemangat ketika berguru denganku.


Maka,ditunjukkanlah segala perbuatan yamg membenarkan kata-kata "bangkit dari kegagalan".


..........


7 tahun dahulu,aku amat mengagumi pencapaian pelajar ini.Always the number one person.

Pelajar pintar,hebat dan popular.Tapi itu tidak kekal lama semasa usia menjengah belasan tahun di alam persekolahan menengah.Perubahan hormon barangkali.Aku dapat tahu yang hubungan pelajar ini dengan keluarganya amat mengecewakan.Cara perwatakkannya tidak menggambarkan daya keintelektualan yang dimiliki.


Minta maaf.
Aku andaikan pelajar ini telah sombong dan lupa diri.Baru kutahu pelajar ini belajar untuk peperiksaan sahaja.

Nanti,pelajar ini akan berdepan denagn satu lagi cabaran.Cabaran dunia Matrikulasi yang tidak kurang hebatnya.Seringkali aku bimbang bahawa dia tidak dapat menyesuaikan diri dalam dunia tersebut.Takut lalai.