Sunday, April 24, 2011

FAKTOR "X" BAGI PELAJAR SEDERHANA

SALAM SAYANG BUAT PARA PEMBACA!
Semestinya dengan rahmat ALLAH Taala.

Semenjak aku terlibat dalam bidang pendidikan ini,kerapkali aku diperdengarkan pelbagai permasalahan bagi mereka.
Aku boleh menyimpulkan bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza.
Cemerlang,sederhana & lemah.
Pelajar cemerlang boleh dilihat melalui pencapaian dalam keputusan peperiksaan mereka.
Pelajar sederhana,antara minat-tak minat untuk belajar atau malas-rajin untuk belajar.Ada potensi untuk bergerak ke arah kecemerlangan.
Pelajar lemah,memang tak minat untuk belajar,ada usaha untuk melakukan perubahan tetapi dicantas oleh kawan yang rendah motivasi yang lain.Boleh jadi terus mendapat kegagalan dalam hidup.

TETAPI...
Lemah dalam pengajian tak semestinya mereka lemah dalam menghadapi realiti hidup.
Cemerlang dalam pembelajaran boleh menjadi seorang haprak terhadap masyarakat.Tak percaya?Cuba selak akhbar dalam negara ini,berapa ramai pegawai atasan berijazah dihadapkan ke mahkamah atas kes pecah amanah,rasuah dan culas?

Cerita ini aku kutip dari mulut anak saudara aku sendiri,tingkatan 3,pelajar sederhana(boleh jadi cemerlang sekiranya masuk tuisyen dan berkawan dengan pelajar akhlak mulia yang lain,sudah melalui fasa akil baligh).

Mereka sekelas(10 lelaki dan 15 perempuan),naik bot penambang beramai-ramai pergi pejabat perbandaran kawasan tempatan.Tujuan untuk mencari maklumat untuk memenuhkan isi maklumat kerja kursus Geografi mereka.
Bayangkan satu kelas,naik bot penambang,berjalan kaki 1 KM beramai-ramai pergi ke pejabat cari bahan..!Tetapi 10 orang daripada mereka dibenarkan masuk mengambil bahan.

Pulang dari pejabat kerajaan tersebut,naik bas beramai-ramai bertambangkan RM1 seorang pergi ke hospital beramai-ramai melawat rakan mereka yang terlantar di katil hospital.Tanpa menghiraukan orang lain mereka berjaya mengangkat nilai "friendship".

Tatkala pelajar cemerlang lagi kaya yang lain sedang pergi ke tuisyen,melayari internet untuk buat tugasan GEOGRAFI,mereka bertungkus-lumus beramai-ramai mencari terus mencari kaedah penyelesaian yang sepatutnya.Itulah faktor "x" sebenarnya.


KHAS BUAT MEREKA

AKU BAGI A untuk USAHA
AKU BAGI A untuk PENGORBANAN
AKU BAGI A untuk KERJASAMA
AKU BAGI A untuk BELAS-KASIHAN

Siapa kata pelajar lemah/sederhana tidak boleh cemerlang?


(sekadar gambar hiasan)

Monday, April 18, 2011

PELAJAR HARAPAN

SALAM UNTUK SEMUA..
DENGAN rahmat ALLAH sepenuhnya!

Aku berbangga semenjak aku menjadi seorang guru(tanpa tauliah kerajaan) dapat mengubah pelajar.Sekurang-kurangnya mereka bangkit dari kegagalan dan segera berubah.

Dengan kelas tuisyen inilah aku berupaya untuk mendidik generasi yang dahagakan ilmu dan pengisiannya>>> tahun 4/5/6,Tingkatan 3,Tingkatan 5!

Aku juga berbangga memiliki pelajar seperti ini:

Izzat Izham (a.k.a Mat PU)
Tingkatan 5 di sekolah menengah biasa.Anak ke-2 dari 7 orang adik-beradik.Ramai kawannya memanggilnya dengan Mat Pu oleh sebab motorsikal yang ditungganginya bernombor PU xxxx. Sangat klasik(HONDA bulat) bagi pandangan mereka,bagi aku biasa saja sebab keluarga aku juga memiliki motorsikal sedemikian.
Tetapi aku kagum dan mengambil motivasi daripada pelajar ini.
Keputusan peperiksaan baru-baru ini tidak sehebat mana sebab ada juga subjek yang gagal(matematik tambahan dengan 7%-alahai..)
Dia dari golongan keluarga yang biasa-biasa saja macam aku!
Tetapi aku tahu dia kaya hati dan kaya jiwa.
Buktinya dia matang dalam menjaga ahli keluarganya.Tiap-tiap petang terpaksa menjaga adik padahal aku tahu dia mahu berguru dengan aku setiap petang di surau usang ini.Izzat Izham amat naif dari segala hal yang berkaitan dengan aku.Kalau aku kata,'makan..!'.Maka dia pun makan.Hehehehe...

Aku juga terserempak dengannya tatkala solat jamaah di masjid.Ternyata dia mengikut segala sarananku supaya sentiasa berjamaah di masjid!ALHAMDULILLAH...

Tidak malu untuk bertanya macam pelajar lain dan sentiasa fokus.
Aku tahu dia lemah dari segi motivasi dan galakan.Sikit-sikit melakukan kebangkitan daripada kegagalan yang lepas.Sentiasa menghormati aku sebagai tutornya.
Strategi aku :
Sentiasa berada di sampingnya ketika sesi kelas tuisyen berlangsung sambil memberi rangsangan motivasi sekadarnya.
Aku sedar dia ada potensi untuk meraih 5A/6A SPM hujung tahun ini.
Beroleh peluang yang cerah dalam subjek berikut :

BAHASA MALAYSIA
PENDIDIKAN ISLAM
MATEMATIK
SAINS
PERDAGANGAN

Bagi aku dia memang layak untuk mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan,UiTM.
Izzat,PERJALANANmu MASIH JAUH!

Aku akan mengubahnya!
(sumber gambar: ptsmillenia)


Jom IZZAT IZHAM ! Bina kecemerlangan bersama cikgu ya!

Tuesday, April 12, 2011

IRI HATI VS DENGKI

SALAM SAYANG UNTUK PARA PEMBACA

Kadang-kadang aku terasa iri hati ketika SPM 2010 diumumkan pada baru-baru ini.
Setahu aku,di kawasan kejiranan aku,hanya kudengar seorang daripada mereka yang meraih 10 A(perempuan,sekolah berasrama penuh,tidak keluar bergaul,pergi pasar malam dengan berseluar pendek dan rambut mengerbang!).Itupun kudengar hanya hiburan mulut ke mulut dari orang kampung untuk menunjukkan mereka tidak ketandusan cerita yang mahu dibualkan.YA! Aku memang dengki dan iri hati..

SPM 2004
Tahun keramat,peperiksaan SPM dijalankan ketika Ramadhan dan separuh terakhir bulan Syawal.Kertas BM aku demam,Kertas Bahasa Arab aku muntah keluar bendalir hijau.Ketika berpuasa!.6 kertas perlu diharungi ketika berpuasa.

SPM itu juga merupakan titik hitam bagiku.
Mendapat keputusan yang tidak A1& A2 yang sepenuhnya.Ada juga sampai tahap 6C,Alhamdulillah tiada 7D seperti SPM kakakku.
Targetku dari dulu lagi aku ingin menghadiahkan 12 A1 untuk keluargaku.Biar mereka berbangga dengan anak ini.Aku mengharapkan muka aku terpampang dalam KOSMO dan aku bercakap dalam televisyen tentang kejayaan ini.Mendapat hadiah dari kerajaan negeri seterusnya melanjutkan pengajian bidang perubatan ke LUAR NEGARA.
Aku yakin aku mendapat keputusan seperti itu,oleh sebab aku antara pelajar cemerlang PMR di sekolah lama.Mewakili sekolah untuk menjadi fasilitator subjek MATEMATIK TAMBAHAN dan selalu bersikap "volunteer" dalam segala hal(untuk tambahkan koleksi pahala).Keluarga memang berharap sangat dengan pencapaian itu.
(sekadar hiasan)


KEPUTUSAN SPM
Keputusan aku tidak seberapa.Sama sahaja dengan keputusan pelajar sekolah menengah biasa(aku sebenarnya bersekolah di sekolah berstatus A).Bahkan keputusan aku sama dengan orang belajar ala kadar sahaja tapi dapat keputusan semacam itu.

Perit pada waktu itu.Dirundung kepedihan dan hidup penuh hipokrasi dan penipuan.
Aku isi borang ke universiti acuh tak acuh.MAKTAB tak mohon sebab memang aku tak layak.Apatah lagi ke politeknik yang aku tak minat.

Aku bertekad membina harapan untuk ke tingkatan 6 di sekolah menengah biasa.Pusing segala keegoan diri dan menjadi jagoan di sana(TOP 10 SC STUDENTS)
Waktu itu hanya aku ada:TEKAD dan SEMANGAT!!!!

ITU DULU...
Zaman aku berumur 17-19 tahun.
Sekarang aku sudah mempunyai sedikit ilmu penilaian.Memegang ijazah sarjana muda.Produk universiti.

IRONI..
Syukur ALLAH mengurniakan aku keunikkan.
Tidak mendapat gred kecermelangan tetapi ALLAH memberi aku semangat dan azam.
Azam aku ;

Aku akan melahirkan pelajar yang mendapat banyak A+ pada tahun ini..Di kelas tuisyenku...
Semoga dipermudahkan ALLAH...AMIN..

PELAJAR LEMBAM dan PELAJAR SOLEH

MASALAH..
CABARAN..
Sebab ada juga pelajar aku bersifat lembam macam gambar ini.


Masakan mencecah tahun 4 tetapi masih lemah dari segi tulisan,sebutan dan ayat-ayat ringkas.Aduhai.Aku mengeluh pada diriku sendiri yang aku hampir putus asa untuk memahami permasalahan pelajar tersebut.Tidak tahu erti kesabaran dan ketabahan lalu menyerahkan kepada orang lain.Agaknya apakah cara terbaik guru sekolahnya untuk mengubati penyakit ini.

Azam aku..
aku tak nak mereka terus terpinggir dan dipinggirkan..
aku ingin menjadikan mereka salah seorang seperti ini...


KAYA HATI dan KAYA DIRI..
tidak seperti pelajar "cerdik-pandai" lain..
Wassalam..

Monday, April 11, 2011

TERUS BERJUANG CIKGU WAN!!

SEMOGA ALLAH RAHMATI KITA SEMUA...
LINDUNGAN DAN barakah dariNYA.

Genap aku telah menabur bakti sebagai pendidik(tutor) selama 2 bulan.Aku melalui liku-liku seorang guru tanpa tauliah dari kerajaan.Tapi aku ada sedikit pengalaman dan kemahuan.Kemahuan untuk melihat seterusya menyaksikan air mata kejayaan dan kemenangan.
Membantu anak-anak yang terlepas pandang oleh guru di sekolah masing-masing.
Ya! Aku berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.



Pada asalnya...
Pelajar tahun 4 bermula dengan 4 orang yang masih setia.
Tahun 6 bermula 2 orang itu pun datang sekali sekala.
Tingkatan 3 bermula dengan 2 orang yang membatalkan penyertaan begitu saja.
Tingkatan 5 bermula dengan 5 orang juga masih orang yang sama.

Sekarang,syukur...
Pelajar semakin meningkat 100%.
Ini menunjukkan semakin ramai pelajar yang ingin mencipta perubahan.
Jauh hati dengan guru dan sekolah masing-masing barangkali...

Lokasi tuisyen aku usahakan bukan di bandar.TIdak menyewa lot kedai berhawa dingin dan kerusi berspan.

Tuisyen aku hanya di menumpang sebuah surau buruk beratus tahun dan banyak meninggalkan sejarah silam dari arwah datuk,ayah dan aku sendiri.
Hanya dilengkapi kipas,dan pelajar hanya duduk bersila bermejakan ala "meja jepun".
Tetapi tuisyen aku dilengkapi dengan pengisian rohani(solat berjemaah,ilmu agama).

Aku amat yakin anak-anak muda sekarang leka mengejar ilmu duniawi yang sengaja menuju ke arah mencipta kekayaan diri,bukan kekayaan hati.

Aset utama kelas tuisyen aku ialah AKU SENDIRI.

Aku mesti tahu aset tuisyen ini ialah aku sendiri yang diciptakan ALLAH untuk kaya hati,kaya ideologi dan kaya semangat dalam diri.

WALLAHI...
Aku isytiharkan perang ke atas orang yang berjiwa pemalas!
SEBAB aku bukan jenis macam itu...


WASSALAM...

Sunday, April 3, 2011

6 TAHUN MENANTI

SYUKUR...
Setelah 6 tahun menanti.
6 tahun penuh ketakutan.
6 tahun penuh lakonan.
Akhirnya aku mendapat kelulusan 'itu'.
Walaupun agaknya sudah terlanjut usia.
Majoriti berumur belasan tahun.

Syukurlah aku melepasi dengan sekali sahaja.
Ramai lagi yang tersekat sampai 4 kali.
BUKAN macam karaktor kartun ini yang syik gagal sahaja.
Sekurang-kurangya kita berusaha...



Tetapi aku memikirkan balik sejarah silam yang yang aku pernah mengambilnya 2 kali(ceramah + ujian).
Bukan sebab kegagalan tapi masalah kewangan dan kengkangan.
Akhirnya dengan sekali sahaja aku mendapat :

P untuk PENGORBANAN
P untuk PANTANG MENYERAH KALAH
P untuk PNGETAHUAN
P untuk PANTAS BERTINDAK
P untuk PENENTANG KEMALASAN

Harapan aku,tahun ini(2011),aku akan peroleh P lagi.
Kelulusan untuk membawa kenderaan beroda 4 yang comel itu yang berwarna kuning..!!

hahaha..SEKIAN.
WASSALAM...