Friday, December 24, 2010

DAH SAMPAI

Segulung IJAZAH
Bukan senang.3 tahun menimba ilmu di universiti SHAH ALAM.
Akhirnya,sekeping kertas hitam-putih telah mengatakan "yang anda telah lulus dengan kepujian" telah terpampang dalam salinan transkrip ijazah.
1) 3 tahun pergi-balik dari dewan kuliah.
2) 3 tahun bersengkang mata menyiapkan setiap tugasan yang kadangkala di"copy paste" secara cerdik.
3) 3 tahun yang saya rasa amat mengecewakan tapi membahagiakan.
Nah...hanya segulung Ijazah yang hanya diimpikan.

5 bulan pertama pasca tamat pengajian,aku hanya membazirkan masa hasil penat lelah segulung ijazah itu.pengisian ijazah itu tidak membawa erti yang jitu untuk dipraktikkan.
Ilmu dan pengalaman selama ini dicari tidak mampu dikongsikan atas momokan "makan gaji".
Tidak mampu dikongsi oleh para generasi baru yang memerlukan semangat macam cerita "Sang Pemimpi".
Ya,aku memerlukan idea untuk praktikkan segala macam ilmu yang sedikit ini untuk masyarakat hari ini...



Dedikasi Terima kasih untuk kalian semua :
1)famili-yang tidak putus-putus mengharapkan aku jadi pegawai tinggi dengan makan gaji.
2)pendidik-sangat berhati mulia.Tidak mampu membalas budi walau seliter petroleum di perairan Terengganu.
3)Rakan-taulan yang sudi berkawan.Sengaja di'lost-contact'kan..
4)Bekas majikan yang beri banyak peluang.

Dengan ucapan : "IJAZAH INI HANYA SEKEPING KERTAS SEMATA-MATA"

Thursday, June 3, 2010

CERITERA BAHAGIAN MULA-MULA

terdapat pelbagai cerita suka dan duka mewarnai hidup iwan setakat ini.
suka bila perkara yang terjadi menyukakan dan menyedapkan hati
duka sekiranya ia berlawanan dari perkataan "suka" dan "sedap"

walau bagaimanapun iwan cuba untuk berkongsi 1 cerita yang boleh kita periksa diri perkara sebenar yang terjadi.

tanya si penemuduga sambil tangan menulis sesuatu pada resume.
"mr. ahmad introduce yourself..."
iwan pun menjawab dengan selamba dan antara yakin tak yakin.

si penemuduga menyambung pertanyaan.
"what your vission amd mission in your career..?
"what's your talent?"
dan bermacam lagi..

sangat menghairankan,'folder' sijil yang iwan berikan padanya tidak sentuh barangkali.

Tidak mahukah dia selak-selak melihat ketebalan sijil dan deretan A pada sijil peperiksaan awam yang Iwan dapat.

akhirnya Iwan buat kesimpulan, jujukan A tidak dapat menjamin kita "perform well" semasa di temuduga.

agaknya adakah kita "perform well" semasa kita bertemu dengan Allah Taala nanti ya..?

Wednesday, June 2, 2010

OH TUHAN BERI AKU SEDIKIT HARAPAN

Baru-baru ini Iwan cuba untuk mencari kerja-kerja di lubuk rezeki di tempat Iwan ini..
bukan niat untuk kekal di premis tersebut tapi hanya untuk 'test market' kata orang. dengan wajah yang selamba Iwan bertanya

tanya Iwan.
"sekarang saya tengah cari pekerjaan,agaknya ada tak kerja kosong di sini.."
Jawab si penyambut tetamu,
"isi borang dan hantar.."

suatu ketika Iwan menelefon premis lain dengan niat yang sama.
Jawab si Pegawai Sumber Manusia,
"Baru ni syarikat kami dah ambil pekerja,tapi saudara boleh hantar resume untuk memohon pekerjaan di sini..."
dan lebih menghampakan,
"semalam kami dah mengadakan sesi interbiu untuk jawatan tertentu,tapi kami ada kekosongan untuk lelaki bagi jawatan ......."
Hati Iwan berbisik,
"aneh,..baru ni aku dah hantar resume kat kedua-dua premis ni..."

Iwan bukan jenis manusia yang cepat berputus asa,Iwan anggap ini adalah suatu UJIAN.

kesimpulan daripada cerita benar ini,
1)Teruskan usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. kisah di sebalik usaha itu ada membuatkan kita terus matang.
2)Iwan yakin suatu hari rezeki akan berada di depan mata,tapi entahkan bila?hanya tunggu dengan pengisian yang memanfaatkan. Jadi penulis bebas mungkin sesuai.
3)Iwan yakin memang Iwan memang laris di pasaran.Kalau tak masakan Iwan dapat 3 tawaran pekerjaan. ALHAMDULILLAH.
4)Walau bagaimanapun teruskan mengharapkan pertolongan Allah Taala kerana pemilik semua rezeki tentulah ALLAH TAALA..

yang penting oh Tuhan berikan aku sedikit harapan...

Tuesday, June 1, 2010

SALAM SEJAHTERA BUAT KALIAN YANG SEDANG MENANTI...

MEMANG hidup ini memerlukan daya saing,daya tahan dan daya kekuatan untuk melawan arus dunia sebelum kita mati esok-esok.

bahkan juga manusia yang hebat,ataupun usahawan yang hebat pun bergantung pada daya usaha semasa menempuh cabaran mereka betul tak?

iwan berpesan pada diri supaya terus berusaha dan bersikap percaya kepada diri -sendiri untuk melakukan sesuatu.

sekarang Iwan berada dalam kemelut dan konflik penungguan..
Tunggu untuk mendapatkan pekerjaan di tempat Iwan ni..sebab Iwan berada di kampung halaman,bukan di kotaraya yang banyak tempat kelelahan.

Tunggu yang memang tak pasti dan yang pasti berjawab atau tidak.

Tunggu untuk kematian...penungguan ini memang sangat pasti.

sehingga luahan ini ditulis, sudah 3 tawaran kerja sengaja Iwan tolak sebab faktor KEWANGAN.

MENJADI KAKITANGAN HOSPITAL SWASTA DI PUCHONG
MENJADI KAKITANGAN F&B DI TTDI JAYA
MENJADI SEORANG PELATIH PENGURUSAN SEBUAH RESORT YANG SEDANG MEMBANGUN

NAH,sekarang Iwan masih berharap untuk sesuatu yang pasti-BEKERJA DI SINI...

dan Iwan akan lakukan sesuatu suatu mengisi penungguan ini..
Iwan berharap dengan Ijazah yang Iwan dapat ini akan membantu masyarakat walaupun sedikit.

KERJA!KERJA!KERJA!

Monday, April 26, 2010

TAKDIR DAN USIA KITA

WADUH!!!
gamat sungguh hidup iwan setakat ini..
iwan mengharapkan setiap kegusaran dan kebimbangan IWAN akan mendapat nikmat pahala dan rahmat dari ALLAH TAALA..

dan kali ini secara eksklusif IWAN persembahkan segala kegiatan IWAN selepas ini..

RABU
28 APRIL 2010
9.00 PAGI-12.00 TENGAH HARI
PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK SUBJEK TEKNOLOGI DALAM PENGURUSAN MAKANAN
Kertas pertama Iwan untuk semester ini. Agak takut bahkan gementar. Subjek yang memerlukan daya taakulan yang agak tinggi. Tapi kehidupan Iwan yang sentiasa terdedah dengan teknologi mengembalikan keyakinan Iwan untuk cemerlang subjek ini.

SEMINGGU
29-6 MEI 2010
CUTI SEMINGGU
Hajat di hati untuk pulang ke kampung halaman yang telah lama Iwan tinggalkan. Namun harap minggu ini diisi dengan panggilan temuduga. Kalau ada dana yang mencukupi IWAN akan bersiar-siar ke tempat istimewa yang tidak jauh dari tempat Iwan sekarang. Hahaha..

JUMAAT
7 MEI 2010
8.30 PAGI-11.30 PAGI
PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK SUBJEK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN
Target A- untuk kertas ini. Harap rezeki menyebelahi.

SABTU
8 MEI 2010
8.30 PAGI-11.30 PAGI PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK SUBJEK PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN Matlamat A- untuk kertas ini.
Mohon doa dari kalian semua agar IWAN tegar berusaha untuk berjaya. Tapi terserahlah pada yang ESA. IWAN tahu yang markah ujian yang agak menguji kemustahilan untuk mencapainya..tapi... ALLAH MAHA PEMURAH...


ISNIN & SELASA
10 & 11 MEI 2010
PAGI & PETANG KURSUS FINISHING SCHOOL UNTUK PELAJAR SEMESTER AKHIR
Kursus bertujuan meningkatkan keyakinan diri untuk bakal alumni UiTM, Macam IWAN yang bakal menempuhi alam baru selepas ini…

SABTU & AHAD
15 & 16 MEI 2010
PAGI & PETANG
KURSUS PERKAHWINAN UNTUK PELAJAR & STAF UiTM
agaknya IWAN sudah berusaha dan berupaya untuk berumahtangga???hmm...

ISNIN
17 MEI 2010
PAGI
PERJUMPAAN BERSAMA BAHAGIAN PERABOT UiTM UNTUK PROMOSI PROJEK IWAN
Oleh sebab IWAN sebagai ketua kumpulan inilah langkah pertama IWAN untuk berjaya ke peringkat negeri & kebangsaan. IWAN harap dapat mengharumkan nama UiTM lagi. Tapi duit kemenangan baru-baru ini tidak perolehi lagi membuatkan kerunsingan hati..hihihi..

KHAMIS
20 MEI 2010
PAGI
pulang ke kampung untuk memperbaharui motivasi..

SELASA
1 JUN 2010
IWAN AKAN TERBANG MENGEMBARA LAGI KE NEGARA LAIN MENCARI REZEKI,NAMUN IWAN CUBA MENCARI LUBUK-LUBUK REZEKI DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI..
IWAN sasarkan sudah tiba masanya untuk serius mula bekerjaya sebagai
.........???? Yang pasti banyak perancangan telah dibuat...antaranya..



masuk pertandingan battle of the chef,culinaire (pertandingan memasak lain..)



pertandingan inovasi pada jun,julai dan oktober 2010...


dan konvokesyen pada awal NOVEMBER 2010..
kita boleh rancang.. TAPI TAWAKAL KEPADA ALLAH... segala KETENTUAN adalah milik ALLAH semestinya..
sekian,WASSALAM..

Sunday, April 25, 2010

IWAN & KANAK-KANAK

SALAM DARI BENUA YANG BERLAINAN...

PELIK SUNGGUH!!!
kanak-kanak tetap kanak...mempunyai sifat peribadi yang sukar untuk dibaca..bermula dari merangkak sampai sudah untuk pandai bergaul..kanak-kanak memang kanak-kanak...
walau bagaimanapun saya memang dan sedang untuk menghayati psikologi kanak-kanak..
kenapa dengan kanak-kanak bukan orang dewasa yang senang untuk mendengar kata...

kanak-kanak tidak pandai menipu..
kanak-kanak tidak pandai unutk memendam rasa...
dan kanak-kanak memang berhak untuk disayangi..bukan untuk disimbah denagn air panas ataupun diseterika...
saya pernah menikmati kehidupan keanak-anakkan...seronok!!! ketika menghayati
matlamat saya selepas ini....: MENGHASILKAN SEBUAH NOVEL KANAK-KANAK




Ini adalah gambar seorang kanak-kanak paranormal..haha...merangkap anak saudara...
dan ini gambar kanak-kanak MELAKA yang sedang menunggu entah siapa???

cuba perhatikan psikologi setiap dari mereka...seronok bukan???
sekian...

Thursday, February 11, 2010

PROMOSI TUTOR PERIBADI

TUTOR PERIBADI
JUMAAT,SABTU & AHAD
Lokasi SHAH ALAM
SEKSYEN 2 dan 3
• JAWI (KANAK-KANAK,REMAJA, DEWASA)
• UPSR
• PMR
• SPM
• STPM


Layari: http//masterchefiwan.blogspot.com
Telefon: 017-9275904 (5.00 pm – 7.00 pm)

Antara matapelajaran yang bakal diajar

Jawi(untuk semua golongan)
Mengeja
Membaca
Menulis

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Tahun 4,5 dan 6
English
Matematik
Sains

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Tingkatan 1,2 dan 3
English
Sains
Matematik

Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Tingkatan 4 dan 5
Bahasa Melayu
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi
Perdagangan
Ekonomi asas

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM)
Tingkatan 6 rendah dan 6 atas
Pengajian Am kertas 1 dan 2
Bahasa Melayu kertas 1 dan 2
Ekonomi kertas 1 dan 2



Belajar untuk BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN hanya melibatkan perkembangan daya pemikiran sahaja

TETAPI

Belajar untuk BERJAYA DALAM KEHIDUPAN adalah segala-galanya..!!!

Melalui teknik MENDIDIK AKAL DAN BUDI yang akan saya terapkan dalam sesi pengajaran nanti
ANAK ANDA...
Akan lebih berkeyakinan tinggi,berpengetahuan dan berkesedaran tinggi dalam hakikat potensi...



SIAPA SAYA?

AHMAD ZULAIDI BIN ABDUL RAHMAN
•Mahasiswa Tahun Akhir UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
•Sering menjadi fasilitator bagi program pelajar di universiti dan pernah menjadi Fasilitator Matematik Tambahan SPM ketika berada di tingkatan 5
•Mendapat pendidikan di sekolah menengah agama selama 5 tahun
•Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan kepimpinan sejak zaman persekolahan lagi
•Antara pencapaian terbaik – 2007: Pelatih Siswa Terbaik Kesatria Negara sesi Julai-Nov 2007 / 2005 : Top 10 Pelajar Tingkatan 6 rendah bagi aliran Sains / 2003 : Penerima Sijil Penghargaan Pencapaian Kelulusan Akademik Cemerlang PMR (Yayasan Terengganu)
•Berimaginatif,kreatif dan optimis

BERJALAN LUAS PENGETAHUAN

ASSALAMUALAIKUM
Hidup ini memang umpama roda. Kalau kita sekarang berada di atas barangkali sekejap lagi anda ke bawah semula. Barangkali kita kembali semula ke atas denagn syarat dikenakan daya ke atasnya. Daya tersebut ialah melalui usaha yang gigih..



Yang pasti buat pengetahuan semua saya akan terlibat dengan dunia pendidikan tidak lama lagi. Bidang pendidikan yang telah lama saya tinggalkan..
agaknya apa khabar pelajar hari ini ya? Rela dirotan? Berdiri atas kerusi? Buat kerja sekolah di tempat perhimpunan?..

Saya amat merindukan tingkah-laku mereka yang dahagakan perhatian itu..
Saya berharap tindakan saya menyediakan perkhidmatan tutor peribadi sedikit sebanyak dapat menurunkan masalah berkaitan anak murid yang begitu gawat pada akhir-akhir ini...

Sunday, January 31, 2010

MONITOR BARU...

NI GAMBAR monitor yang ce' beli baru ni..



rupa-rupanya banyak lagi yang perlu ce' perbaiki lcd mahal ni..
mula-mula ce' tayang cerita LASKAR PELANGI..
rasa macam tengok tv LCD
walau apapun dengan LCD baru ni ce' boleh mencari rezeki..

Friday, January 15, 2010

sekarang ini..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAYANG DARIPADA SAYA..
syukur pada Allah yang
yang mengurniakan segala nikmat yang tidak terhingga..
kali ini sajak yang lebih menyentuh hati pula..
harap kita dapat berkongsi nikmat yang diperolehi selama ini..

Alhamdulillahi...
Dapat result yang agak tinggi
Setelah aku tunggu kesekian kali
Walaupun ada yang lebih tinggi lagi
Tapi apa yang aku peduli
Aku sangat puas hati atas pencapaian ini

Alhamdulillahi...
Dapat bilik yang elok tidak terperi
Di samping room mate yang sudah kukenali
Yang lain pulak amat elok budi pekerti

Alhamdulillahi...
Dapat kawan-kawan yang baru kukenali
Nikmat ukhuwah yang diingini
Diharap berkekalan pada kemudian hari

Alhamdulillahi..
Jadual tidak ketat pada sem ini
Sememangnya banyak kerja yang menanti
Hari-hari lain aku akan isi dengan mencari rezeki

Alhamdulillahi
Dapat monitor lcd yang baru beli
Nikmat kesabaran selama ini
Berulang-alik dari cc
Memakan kos berhari-hari
Selepas ini aku tak perlu jalan lagi
Hanya terperap dalam bilik didiami
Harap aku tak lupa diri
Jengoklah tempat itu sesekali..hihihi..

Alhamdulillahi...
Aku amat bersyukur pada Mu-Robbi
Kurniaan nikmat duniawi
Merupakan pelaburan untuk ukhawi
Ya Robbi...
Kekalkanlah nikmat kesyukuranku ini…

sekian..

PESAN EMAK

HMMM...
sebenarnya keputusan peperiksaan akhir Oktober lalu belum saya jenguk..
bukan apa saja untuk rasa kenikmatan penungguan..
tengah asyik fikir berkaitan keputusan yang entah cemerlang entahkan tidak timbul idea untuk buat pantun berkaitan emak ini..
hayatilah..

Emak berpesan berkali-kali
Agar jimat guna api
Result exam tak chek lagi
Rasa bimbang tidak terperi

Emak kata berhari-hari
Sampah-sarap jangan timbuni
Kenapa result tak tinggi-tinggi
Sangat bimbang rasa di hati

Emak berusaha berhati-hati
Agar keluarga bahagia setiap kali
Dah berusaha mengulangkaji
Mungkin usaha tak diberkati

Emak bertanya siapa ini
Nak tahu begitu begini
Hendak membaiki kelemahan diri
Agar menutup semua persepsi

Alahai emak termenung bersendiri
Tak tersedar orang mari
Takut result rendah kali ini
Takut subjek kena ambil lagi

Emak memang baik hati
Senyum diukir setiap kali
Mungkin ada hikmah disebalik ini
Agar tabah di kemudian hari

minta maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa yang agak mengjengkelkan

sudah 2 minggu

ASSALAMUALAIKUM..
DUA MINGGU SUDAH BERLALU..
maknanya saya di sekitar Shah Alam ini sudah mencecah 14 hari..



tapi kali ini ini saya persembahkan serangkap sajak
diilhamkan ketika baru balik berlari dari tasik Shah ALAM INI..semoga terhibur..hehe..


Seksyen 2 meriah lagi..
Budak-budak datang kini..
Sambung belajar di Universiti Teknologi..
Banyak membuka pintu rezeki..

Ada yang jual keropok..
Ada yang baiki kasut..
Ada yang duduk-duduk kat pondok..
Tanpa ada perasaan ragu dan takut..

Seksyen 2 meriah kini..
Foodcourt ramai orang jual dan beli..
Mari adik dan juga abang..
Makan or bungkus pulang..

Seksyen 2 meriah lagi..
Siber café macam-macam buat promosi..
Ada yang itu ada yang ini..
Yang datang pulak ada yang gitu-GITU ada yang gini-gini..

Kedai Rahmat banyak barang..
Kedai Maria ramai orang..
Kedai fotostat dah takde ruang..
Kedai dobi apa kurang...

Aku tinggal satu sem kini..
Sekyen 2 nanti dah tak ada lagi..
Dalam hati dan benakku ini..
Sebab aku plan nak ke luar negeri
Mungkin kerja atau cari bini...
Jikalau aku kembali lagi kesini...
Terserahlah pada Robbi Izzzati...


ITU SAJA KUT..

Wednesday, January 6, 2010

kelas ASEAN CUISINE yang hebat

assalamualaikum
adakah kita patut lupakan kisah yang lalu padahal kita selalu merujuk kepada hal yang lepas bagi menjaga survival..???






sebenarnya makanan di atas adalah sebahagian produk asean cuisine yang saya pelajari..itu saja untuk kali ini...sekian..