Wednesday, June 2, 2010

OH TUHAN BERI AKU SEDIKIT HARAPAN

Baru-baru ini Iwan cuba untuk mencari kerja-kerja di lubuk rezeki di tempat Iwan ini..
bukan niat untuk kekal di premis tersebut tapi hanya untuk 'test market' kata orang. dengan wajah yang selamba Iwan bertanya

tanya Iwan.
"sekarang saya tengah cari pekerjaan,agaknya ada tak kerja kosong di sini.."
Jawab si penyambut tetamu,
"isi borang dan hantar.."

suatu ketika Iwan menelefon premis lain dengan niat yang sama.
Jawab si Pegawai Sumber Manusia,
"Baru ni syarikat kami dah ambil pekerja,tapi saudara boleh hantar resume untuk memohon pekerjaan di sini..."
dan lebih menghampakan,
"semalam kami dah mengadakan sesi interbiu untuk jawatan tertentu,tapi kami ada kekosongan untuk lelaki bagi jawatan ......."
Hati Iwan berbisik,
"aneh,..baru ni aku dah hantar resume kat kedua-dua premis ni..."

Iwan bukan jenis manusia yang cepat berputus asa,Iwan anggap ini adalah suatu UJIAN.

kesimpulan daripada cerita benar ini,
1)Teruskan usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. kisah di sebalik usaha itu ada membuatkan kita terus matang.
2)Iwan yakin suatu hari rezeki akan berada di depan mata,tapi entahkan bila?hanya tunggu dengan pengisian yang memanfaatkan. Jadi penulis bebas mungkin sesuai.
3)Iwan yakin memang Iwan memang laris di pasaran.Kalau tak masakan Iwan dapat 3 tawaran pekerjaan. ALHAMDULILLAH.
4)Walau bagaimanapun teruskan mengharapkan pertolongan Allah Taala kerana pemilik semua rezeki tentulah ALLAH TAALA..

yang penting oh Tuhan berikan aku sedikit harapan...

No comments:

Post a Comment