Saturday, September 3, 2011

MENUNGGU DAN MENANTI



Aku masih menunggu kedatangan kalian berdua...
Betul! Aku sudah memberi tempoh 3 hari untuk merayakan Aidilfitri,namun kalian berdua masih belum datang sehingga hari yang kelima.

Dengan keputusan yang tidak berapa sedap mata memandang di samping prestasi yang terumbang-ambing mungkin hari yang berbaki boleh diubah kepada cemerlang.

Kisahnya begini.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.Semua calon UPSR.Berada pada pengawasan yang maksimum daripadaku.Memang aku berjuang habis-habisan untuk memastikan mereka berubah 100%.

Kalau kelas tuisyen di luar hanya bertemu 3 kali seminggu.Aku hampir-hampir setiap hari mereka dipaksa oleh aku untuk berguru.Memantapkan ilmu walaupun aku sedikit terkilan dengan "persembahan" mereka semasa peperiksaan pertengahan dan percubaan baru-baru ini.

Seorang dengan masih 3B 2C dan seorang lagi
1A 2B 2C.

Polisi aku sebelum ini aku akan pergi ke rumah mereka untuk memaklumkan tentang kelas pada malam(kadang-kadang berjumpa dengan famili mereka).Bahkan adik-beradik mereka aku kenal seorang demi seorang.Aku rela tunggu mereka ketika mereka mandi pagi!.Menunggu dengan penuh harapan yang mereka akan beroleh kejayaan lebih dari aku.Aku tidak mahu duit yang mereka laburan hangus begitu sahaja disebabkan sifat malas mereka.

Kini,aku sudah penat,letih dan bosan melakukan perkara ini.Melayani sifat tidak kenang budi mereka.Sedangkan mereka boleh belajar bersungguh-sungguh dengan pengawasan yang maksimum daripada aku.Boleh tanya,luahkan persoalan dan lebih fokus,namun tidak sama sekali.

Mereka tidak mempunyai motivasi yang tinggi..!Aku rasa sebegitu rupa.Masih hanyut dengan dunia kanak-kanak yang tidak berapa matang.Senang terpenagruh dan dipengaruhi.
Sekiranya aku membiarkan mereka terumbang-ambing dalam tempoh seminggu ini,bermakna mereka akan rugi dan aku akan rugi besar!

Mereka akan rugi sebab mereka tidak mantap dalam beberapa subjek.Walaupun aku yakin beroleh 2A pasti milik mereka.Tapi harapan tinggi aku buat mereka.Akumahu lebih dari itu.Aku telah berjanji untuk mereka buat sehabis baik.Tapi mereka tidak menghargai.Mungkin tempoh seminggu ini boleh dilakukan sedikit anjakan buat diri mereka sendiri.

Aku juga akan rugi besar.Aku memerlukan "proven" untuk prospek pelanggan pada tahun depan.Aku mensasarkan kejayaan lebih besar pada UPSR tahun depan.Kita tidak tahu mungkin keputusan mereka cemerlang.Justeru masyarakat akan mengaitkan kejayaan mereka dengan kewujudan kelas tuisyen aku ini.

Aku pasti terus menunggu kalian berdua sehingga menghabiskan sisa-sisa hari sebelum mereka di"merdeka"kan oleh peperiksaan itu.

Aku rindukan kelibat kalian berdua..!Aku yakin mereka akan datang juga nanti...

No comments:

Post a Comment